Thursday, July 14, 2011

Ketika Dijalanan Menuju Solat Jumaat




dia baru berpijak dibumi malaysia baru seminggu,


demi mencari rezeki segantang barangkali di negara asalnya dia hanya mampu mencari rezeki secupak,


melihat cara berjalan dan tutur katanya dapat ditafsirkan dia seorang ayah yang gigih mempunyai cita-cita besar demi anak-anak kecil


dan dia barangkali juga seorang suami bertanggungjawab,


dia adalah seorang lelaki yang berasal dari jawa timur,indonesia,sedang gigih berusaha menyiapkan projek pembinaan di pusat pembangunan sumber manusia,bank negara berhampiran kolej mahsa


dan dia juga seorang muslim yang cakna dengan solat fardhu jumaat walau dimana berada.


.semoga dia menjadi seorang ayah,suami dan seorang muslim yang disayangi Tuhan...

dan semoga saya lelaki yang bercakap dan melihat dia menjadi seorang ayah gigih demi untuk anak-anak,seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isterinya dan seorang muslim yang walau dimana berada sekalipun sentiasa gigih dan teguh mentaati suruhan Allah


semoga lelaki-lelaki lain pun menjadi lelaki-lelaki yang disayangi Allah..

No comments:

Post a Comment