Friday, July 15, 2011

Malaysia vs Arsenal



saya tidak berpuas hati melihat aksi pasukan malaysia melawan Arsenal pada perlawanan tempoh hari kerana saya melihat pemain-pemain pasukan negara terlalu menghormati dan mengagumi pasukan Arsenal sehingga nampak pada raut wajah dan corak permainan yang hambar dan tidak menyakinkan langsung.Kelemahan pada benteng pertahanan sangat-sangat membimbangkan kerana pada minit ke-6 sudah pun bolos gol,jaringan penalti dari Aaron Ramsey apabila kesilapan Aidil melakukan kekasaran terhadap pemain Arsenal iaitu Jack Wilshere.


Apabila bolos satu gol rentetan kekalahan bermula,jaringan kedua adalah pada separuh masa pertama iaitu jaringan daripada Theo walcott hasil lorongan atau hantaran cantik pemain tengah Arsenal yang berbakat besar Aaron Ramsey.


Pada separuh masa kedua dua jaringan lagi dapat dihasilkan oleh pemain-pemain Arsenal masing-masing dari jaringan Tomas Rosicky dan juga Carlos Vela hasil daripada kesilapan-kesilapan bodoh dari pemain-pemain negara kita.


Bagi saya pemain-pemain malaysia terlepas peluang untuk menyerlah dan menunjukkan bahawa mereka juga berbakat dan mampu diambil untuk bermain dengan kelab-kelab tersohor didunia.

Saya mengimpikan pemain-pemain dari Malaysia mampu untuk menyarung jersi pasukan-pasukan terkenal didunia seperti Manchester United,Arsenal.

petang nanti pasukan malaysia akan melawan pasukan liverpool semoga pengalaman dari perlawanan dengan Arsenal dapat digunakan sebaiknya

No comments:

Post a Comment