Wednesday, January 30, 2013

Belajar Menulis Cerita


Hari ini genap sebulan menjadi penggangur,setelah berjaya menghabiskan belajar di Kolej Mahsa,dalam bidang Diploma Kesihatan Persekitaran.

Hari ini juga segenap sebulan duduk di rumah sambil-sambil tunggu surat posting dari KKM,memang menunggu ini satu penyeksaanlah,siang malam siang malam duduk depan rumah tunggu posmen hantar surat ke rumah,ada juga surat yang sampai tapi semua tu surat bil-bil saja.Memang sakitlah jiwa dan raga asyik menunggu saja.

Nak kerja tapi rasa rugilah pula,kawan-kawan yang sama habis belajar duduk lepak-lepak saja di rumah.Nanti dapat surat panggilan kerja dan kerja tak ada rehatlah selepas ini.

Baik belajar menulis cerita lagi syok kot dalam blog ni.

Kot-kot cerita yang aku buat ni ada nilai komersial macam harry potter.mana tahu.

Sambil isi masa lapang,sambil menjana idea imaginasi.

Memandangkan surat posting lambat lagi sampai dalam bulan 3 atau 4.Bulan 2 ni nak fokus buat satu cerita dongeng tongeng tongong.

No comments:

Post a Comment