Sunday, January 27, 2013

Koleksi Pengalaman Berniaga 1


Saya diajar bisnes sejak darjah 1. Emak saya buat kuih bakar, hantar ke kedai-kedai. Saya jual kuih bakar emak di sekolah.

Petang saya akan goreng keropok keping, masuk plastik, esoknya jual ke sekolah. Jika tidak ada apa yang nak dijual, cekodok yang emak bekalkan pun saya jual.

Apa saja yang menjadi sumber duit akan saya jual - rambutan, kuini, mempelam. Dengan duit jualan yang terkumpul saya dapat beli basikal copper.

Apabila emak buka gerai di bandar sewaktu saya di darjah empat, episod hidup saya sebagai anak penoreh getah berubah.

Setiap hari jam 4 pagi saya akan bangun membantu mak di daur. Pukul 6 pagi, saya mesti berkayuh basikal ke bandar seorang diri, berbatu-batu untuk membantu ayah membuka kedai.

Petang sehabis kelas, saya pulang ke rumah dengan kerja yang menunggu - goreng kacang tanah, mesin bawang lada, isi minyak dapur gas.

Kemudian berkejar semula ke sekolah untuk hadir kelas tambahan. Jika lambat, guru denda. Jika kerja yang emak amanahkan saya buat tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya, emak pula denda.

Hari demi hari kerja saya semakin mak tambah. Saya sudah boleh masak nasi kapit dan kuah kacang untuk jualan, saya mesti siapkan sambal tumis nasi beringin, saya mesti rebus daging, telur...agh! Banyaknya kerja.

Terbeban dengan kerja dan emak yang garang, saya masuk sekolah teknik, ambil binaan bangunan.

Apabila saya berkahwin dan tinggal di bandar baru Felda di Pantai Timur, saya jual kain, jual barang MLM.

Saya tidak berjaya kerana orang suka berhutang.

Dengan oven yang tersangatlah comel, saya bakar biskut mazola dan beberapa biskut lain untuk dijual di sekolah.

Saya tidak dapat kembangkan pasaran kerana oven sangat kecil.

Kemudian saya berpindah lagi ke daerah lain. Saya sempat membuat projek biskut. Tetapi terus terang projek biskut raya saya bukannya banyak. Kadang-kadang saya rasa penat sahaja yang dapat.

Saya ada produk tetapi saya tidak tahu mencari pasaran. Kemudian suami sewakan saya sebuah kedai di pinggir sebuah sekolah. Saya berniaga alat tulis dan fotostat.

Pendapatan awal sangat bagus. Kadang-kadang menjangkau RM3k sehari. Tetapi kemudian semakin surut, surut dan surut sehingga saya lemas apabila pendapatan hanya RM3.

Sampai pada satu tahap, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk cari duit lain untuk bayar sewa, gaji pekerja, utiliti.

Jadi, saya jual buah jambu potong dan lain-lain buah di depan kedai alau tulis itu. Saya juga jual popia goreng. Tetapi ia masih malap juga.

Fikiran saya tidak pernah terfikir benda yang pelik-pelik meskipun kami dah berhabis wang untuk cover kos overhead.

Suatu hari aabila posmen hantar surat ke rumah, saya tanya, "Kenapa tidak hantar ke kedai?"

Jawab posmen, "Kedai tutup sokmo, nak hantar ke kedai macam mana?"

Saya tidak sedap hati. Selama ini saya tidak pernah terfikir saya, suami dan staff yang selalu sakit-sakit itu berkait dengan keadaan kedai.

Kami berubat juga kedai itu dengan tok guru pondok, dengan orang alim tetapi kedai sebentar segar, sebentar layu.

Saya dalam modal yang benar-benar semput, buka sebuah lagi kedai. Kali ini kedai bunga dan cenderamata kerana saya ada kemahiran melukis di atas cenderamata.

Kedai itu juga mengalami nasib yang sama, malap. Suami selalu sakit-sakit sehingga tidak boleh masuk kedai.

Saya buntu, istikharah adakah saya perlu menunggu atau balik kampung. Saya mendapat jawapan - pindah.

Maka kami pindah balik ke pekan asal, meskipun sudah beli rumah di daerah kami berniaga itu. Saya balik dalam kedaan tak ada duit.

Saya tidak pernah terfikir saya akan sesak sangat sehinggalah suatu hari saya minta suami saya belikan pencuci pinggan axion kerana jari jemari saya habis pecah-pecah berdarah apabila menggunakan serbuk pencuci baju untuk membasuh pinggan.

Saya alergic pada sabun pencuci. Kata suami saya, "Duit tak ada. Nak beli axion macam mana?"

Saya menangis di tepi tingkap kerana pada saat itu saya sedar tahap kami amat teruk. Tetapi Allah Maha Pengasih.

Keadaan beransur-ansur pulih tetapi saya serik untuk buka kedai. Namun entah macam mana saya satu resepi kek coklat moist pemberian kawan.

Saya dan suami tidak puas hati dengan resepi itu, jadi kami mengujinya sehingga dapat resepi yang kami puas hati. Suami bawa kek coklat itu ke sekolah, ramai yang suka dan tempah.

Di situlah bermula episod cabang baru. Testimoni mulut ke mulut amatlah baik. Permintaan banyak. Kami menambah oven.

Permintaan untuk kek hari jadi juga datang tapi saya tak ada ilmu langsung. Saya hanya tahu buat kek coklat moist. Kek butter kadang jadi, kadang bantal. Kek lain langsung tak tahu.

Jadi saya ambil kelas personal belajar masak dan hias. Saya pergi kelas hampir RM5k harganya itu dengan duit jualan kek coklat moist.

Kemudian saya beranikan diri ambil tempahan kek yang berhias.

Saya buta IT, tidak tahu guna email, tidak tahu guna google, apalagi youtube dan lain-lain. Tetapi saya belajar sehinggalah ada fotopages.

Di sini bisnes saya berkembang. Saya tidak pernah tolak order kerana saya berpendapat itu adalah platform saya menguji dan menunjukkan kemampuan diri.

Fotopages membuka jaringan perniagaan sehingga bukan saja mampu menarik pelanggan tetapi juga menarik orang menyeru saya membuka kelas.

Saya tidak dapat bantuan dari Jabatan Pertanian walaupun ramai orang lain dapat dan hanya menjadikan mesin-mesin bantuan yang mereka dapat itu sebagai perhiasan saja.

Akhirnya, kami suami isteri sepakat buka kedai.

Tiga minggu saya buka kedai, pendapatan amat merangsangkan. Kemudian episod yang membuat saya tidak tenteram bermula.

Kek saya dalam satu peti pada mulanya retak habis. Seminggu kemudian, ia berjangkjit ke peti lain. Roti kami tidak naik. Donut masin.

Kata mak, azanlah 4 penjuru kedai waktu maghrib. Sungguh menakjubkan kuasa azan, di depan mata saya roti yang tidak naik-naik dari pagi tiba2 naik drastik.

Saya tidak percaya pada benda-benda mistik, jadi saya tidak langsung berubat.

Kek baru buat, customer komplen pahit sedangkan kami makan tak rasa pahit.

Saya terbau busuk student-student yang datang belajar sehingga saya terpaksa hadapi bau kelas yang pada hemat saya macam bau jamban berkarat.

Anak menjerit sakit bagai ditikam-tikam. Suami melepek tidak boleh bangun setiap senja hingga malam.

Saya terpaksa hadapi dan buat banyak kerja sendirian. Sehinggalah saudara saya desak saya berubat.

Puan, pendapatan merudum. Kadang-kadang hanya laku air sekotak saja. Roti dan kek buang saja. Rasa tak padan berpenat lelah.

Ada customer baru yang cari kedai saya tidak jumpa. Ada yang sudah parking di depan kedai tapi katanya kedai tidak buka sedangkan kami buka.

Apabila saya keluar kedai, berdiri terpacak, barulah mereka nampak kedai buka.

Hal-hal sebegini buat semangat saya lemah. Anak-anak yang selama ini membantu juga sudah lemah semangat malah tak minat lagi berniaga. Duit jangan katalah. Kos overhead setiap bulan paling sikit RM6k.

Duit itu mungkin kecilpada orang lain tetapi besar untuk saya yang sedang bertahan. Anak-anak tidak dapat lagi dibayar gaji kerana duit tak ada. Dah habis korek mana yang ada untuk bayar segala kos overhead.

Kemudian saya mula sakit yang aneh. Saya berubat dengan anak buah Ustaz tetapi akhirnya dia minta saya jumpa orang lain.

Dengan izin Allah, usaha cuba berubat dengan orang yang disyorkan itu berjaya. Kedai dah mula ada orang datang.

Orang-orang di kawasan kedai kami itu juga bertanya, "Sejak bila buka kedai ni?"

Alhamdulillah, orang sudah nampak kedai kami.

Meskipun kedai yang telah dipulihkan ini bergerak bagus sikit dari yang asal, namun saya tetap hadapi masalah untuk cover kos overhead.

Bayangkanlah, hampir dua tahun saya mengalami biz yang teruk, dah habis duit untuk cover kos overhead.

Bila kedai pulih semula, saya perlu ada wang yang banyak untuk cover segala.

3 comments:

  1. hemm masih ade lagi org yg dengki kan...byk sy dengar cerita2 mcm ni...mmg kene cari org yg betul2 pandai dlm hal santau menyantau ni...sy pn penah kene...meniaga kecik2 tepi jalan pn org nak dengki...heheh tpi tu pengalaman...usaha la kak selagi boleh..mesti ada jln keluar.

    ReplyDelete
  2. bukan dengki tp masalah tamak tuan kedai

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... saya sarankan supaya masa berniaga pasang ayat ayat MANZIL di kedai... in sha Allah jin setan jauh lari...

    ReplyDelete