Sunday, January 27, 2013

Pengalaman Berniaga 3

"Saya menjalankan bisnes T-Shirt Printing tanpa kedai, tanpa peralatan sejak berada di Tingkatan 5 lagi.

Mula secara serius selepas berada di tahun pertama di Universiti. Pada waktu itu juga saya menceburi pelbagai bidang yang boleh buat duit. Rugi pun ada, hutang pun bertompok.

Akhirnya saya hanya fokus pada bisnes T-Shirt Printing kerana jiwa saya di situ. Suka pada seni, gembira bila pelanggan suka dengan hasil kerja kita yang diimplemantasi ke atas sehelai T-Shirt.

Sekarang sudah 7 tahun dalam industri ini, masih lagi tanpa kedai, masih lagi tanpa peralatan. Kerja saya fokus pada marketing sahaja (Hakikatnya saya tak pernah iklankan bisnes saya di FB saya sendiri).

Kebanyakan pelanggan saya datangnya daripada rekomen pelanggan sebelum ini. Katanya murah, berkualiti dan cepat siap.

Sebenarnya dari dulu saya menentang industri T-shirt di negeri saya sendiri. Sering tertanya kenapa harga terlalu mahal diletakkan ke atas sehelai T-Shirt yang nipis, cetakan kurang kemas dan info yang kurang daripada pengusaha T-Shirt untuk memilih T-Shirt yang terbaik.

Sebab itu saya kekal dengan cara ini, fokus pada marketing, serahkan tugas-tugas cetakan T-shirt dan sulaman T-shirt kepada mereka yang pakar dengan pantauan saya sendiri.

Dapatlah saya jimatkan kos overhead yang 'mungkin' meningkatkan harga T-shirt tersebut.

Tidak tahulah kalau apa yang saya katakan ini berjiwa kecil, namun sehingga ke hari ini, saya tidak pernah masuk ke dalam tender kerajaan, bisnes saya banyak berurusan dengan tunai.

Budaya 'hulur-menghulur' nampaknya berleluasa, mujur ALLAH dah cegah sebelum saya terperangkap. Sejak itu, saya selesa dengan urusan tunai, sedikit itulah yang berterusan masuk ke kantung bisnes saya.

Saya sudah berbincang dengan isteri, supaya saya dan dia bersedia berjauhan sebentar. Maklumlah jauh di Borneo, kalau berjauhan itu rahmat dalam kehidupan kami kelak, apa salahnya saya mencuba memohon secara tidak rasmi dengan bonda untuk diterima masuk di Sekolah ABS.

Kalau terbeli program RM10k pun saya sanggup.

Setakat ini bila saya nak sesuatu dengan harga RM yang besar, biasanya saya sedekahkan terlebih dahulu 10% daripada jumlah yang ingin dilabur. Alhamdulillah, formula sedekah itu biasanya berhasil kurang daripada 3 hari. Asalkan niat nak buat baik, nak berbakti, nak membantu orang lain, jalannya terbentang luas.

Mohon dimasukkan sekali lagi ke secret group puan. Tidak tahulah bagaimana seorang subscriber boleh di'add' masuk ke dalam FB. Satu peluang besar untuk saya yang masih lagi bertatih dalam dunia bisnes ini."

No comments:

Post a Comment