Thursday, February 14, 2013

Nota Ceramah



Semalam saya telah menghadirkan diri ke ceramah ustaz Azhar Idrus di masjid Wakaf Bharu,seramai lebih kurang 5 ribu orang hadir untuk mendengar ceramah dari ustaz.
 
  • Haram sambut hari valentine days,kerana menurut ulamak sejarah valentine days berkait rapat dengan cerita seorang paderi Saint Valentino yang ingin mengahwini seorang wanita cantik pilihan hatinya.Mengikut peraturan ajaran kristian paderi tidak dibenarkan berkahwin,oleh kerana ingin membalas budi jasa Saint Valentino yang telah berjaya mengkristiankan semula 1 juta orang penduduk Andalus atau sepanyol,pihak gereja memberi pengecualian khusus terhadap Saint Valentino,dibenarkan untuk berkahwin.Maka pada setiap 14 februari pada setiap tahun di adakan hari valentine days mempeingati tarikh perkahwinan paderi Saint Valentino.
  • Sah solat makmum apabila bersolat dengan imam yang selepas siap sembahyang baru teringat yang dia tidak mandi junud lagi.Makmum tidak perlu sembahyang semula,manakala imam perlu sembahyang.
  • Tidak sah wuduk seseorang itu jika terdapat sisik ikan terlekat pada kulitnya,kecuali jika seseorang itu terlibat dengan pekerjaan melibatkan ikan iaitu penjual ikan atau nelayan,itupun jika sebelum mengambil wuduk seseorang itu sudah check semua anggota tubuhnya tetapi apakan daya masih ada sedikit sisik ikan pada anggota tubuhnya,ia dimaafkan kerana sudah ikhtiar untuk membersihkan diri dari sisik ikan dan ia dimaafkan menurut ulamak berdasarkan kisah seorang sahabat yang di zaman rasulullah yang selalu bermain atau terlibat pekerjaan dengan keldai,padahal bulu keldai yang tercabut itu adalah najis,sebelum mengambilwuduk sahabat tersebut sudah membersihan dirinya dari bulu keldai tetapi masih terlekat sedikit,ia dimaafkan.

No comments:

Post a Comment