Thursday, August 1, 2013

Dari Meja Bisnes 6

Dari kelas ABS

Halangan budaya....

Apakah kita merancang mahu memperkenalkan produk ataupun servis yang baru kepada pasaran?

Jika iya, ada beberapa halangan tak ketara yang menunggu, yang menyebabkan produk kita sukar dijual.

.

Antara halangan-halangan tak ketara:

+ Halangan agama
+ Halangan psikologi (saya sudah terangkan dalam posting lain)
+ Halangan emosi dan citarasa
+ Halangan intelek
+ Halangan budaya

.

Apa itu halangan budaya?

Biarlah saya terangkan halangan ini dengan menceritakan salah contoh yang pernah dialami oleh pelanggan korporat saya.

Korporat itu dimiliki oleh GLC. Ia mempunyai sebuah kilang mengeluarkan karpet.

Saya dibawa sebagai consultant kerana mereka menghadapi masalah 1000 helai karpet rumah saiz 9'X6' yang tersadai dalam setor, tidak dapat dijual.

.

Karpet itu dibuat khusus dengan kualiti untuk pasaran middle-class Cina.

Jadi, supaya sesuai dengan budaya Cina, hiasan karpet itu menggunakan tema lukisan pohon dan daun bambu....

Tanpa di-validate dahulu, design itu terus dikeluarkan 1000 helai.

.

Yang menghalang karpet daun bambu itu daripada terjual laku keras adalah halangan-halangan budaya.

Siapakah yang menjual karpet?

Apakah yang menyebabkan sukar sekali kita mahu lihat kedai karpet milik Cina?

Jika sesuatu produk itu tidak dijual oleh peniaga-peniaga Cina, hal itu pun sudah memberi signal tentang pasaran Cina teradap produk itu.

.

Orang Melayu suka membeli karpet. Meskipun tinggal di rumah haram, mereka membeli karpet. Ini kerana orang Melayu duduk di atas lantai.

Orang Cina tidak suka membeli karpet. Mereka tidak duduk di atas lantai. Mereka membeli kerusi.

.

Orang Melayu suka menggunakan karpet sebagai simbol kemewahan. Makin banyak karpet mahal dibentangkan di dalam rumah, makin kagum tetamu mereka.

Orang Cina suka menggunakan marbel dan bahan-bahan mahal lain sebagai simbol kemewahan. Semakin mahal marbel yang digunakan sebagai bahan lantai, semakin mereka tahu duit si tuan rumah.

No comments:

Post a Comment