Saturday, August 3, 2013

Dewan Niaga 3

Dari kelas ABS

Tentang duit pencen dan kejayaan bisnes....

Ahli ABS, Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman (foto) adalah Dekan di International Business Scool UTM. 

Beliau menulis:

"Pihak kami pernah menjalankan kajian untuk Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) beberapa tahun lepas tentang pesara-pesara yang menjalankan perniagaan selepas bersara.

Kami dapati pesara yang memulakan perniagaan selepas pencen, rata-ratanya gagal.

Pesara yang berjaya sustain business ialah mereka yang telah memulakan perniagaan beberapa tahun sebelum bersara, sama ada secara senyap-senyap ataupun terang-terang.

Faktor utama ialah umur dan tenaga.

Banyak kajian telah dijalankan sama ada di dalam negara maupun di luar negara. Didapati umur memulakan perniagaan sangat penting.

Dalam satu kajian lain yang telah kami jalankan ke atas usahawan Cina dan Melayu, kami dapati purata umur usahawan Melayu memulakan perniagaan ialah 36 tahun. Manakala usahawan Cina 26 tahun (kajian ini dijalankan 13 tahun lepas).

Kami banding dengan satu kajian yang hampir sama 10 tahun sebelum itu oleh Mornie Kamri. Kami dapati umur mula berniaga usahawan Cina telah meningkat dari 16 tahun dan Melayu menurun dari 46 tahun.

Ini menunjukkan usahawan Cina lebih mementing pendidikan tinggi sebelum memulakan perniagaan.

Manakala usahawan Melayu telah mempunyai kesedaran keusahawanan dan tidak tunggu untuk bersara awal untuk memulakan perniagaan.

Hasil kajian ini telah kami bentang di satu konferens di Cina beberapa tahun lepas. Wallahu'alam.

Saya selalu nasihatkan pelajar saya yang berminat dengan keusahawanan supaya tamatkan pelajaran di universiti untuk tunaikan hajat ibu ayah.

Kerja dulu untuk kumpul modal, pengalaman dan networking serta cari peluang perniaagaan dan bayar balik hutang PTPTN.

Alhamdulillah, ramai yang terima nasihat ini, tetapi ada juga yang tidak ikut kerana mereka mempunyai kompetensi keusahawan yang cukup tinggi, yakni masa belajar sudah pun terlibat dalam perniagaan.

Mereka ini apabila tamat belajar terus sukses dalam perniagaan.

Saya dapati pelajar begini datang dari keluarga berniaga. Latar belakang keluarga amat penting dalam memastikan seseorang berminat dalam bidang keusahawanan. Walluhu'alam."

No comments:

Post a Comment