Tuesday, August 6, 2013

Dewan Niaga 6

Dari ABS

Bagaimana ular lidi perlahan-lahan menjadi ular sawa....

Lili Norsharira Jamaludin menulis:

"Peringkat permulaan saya berbisnes dahulu bermodalkan RM5,000.00 sahaja. Orang kata sengkeklah masa itu.

Pada masa itu, saya dan tuan besar saya, Tn. Mohd Latif Masno, memulakan bisnes menual buku-buku agama dan cd/vcd nasyid, bacaan Al-Quran dan ceramah.

Kami tiada mempunyai kedai, hanya menyewa di tapak promosi di dalam kompleks, dan di tapak-tapak pasar pagi dan malam, dua kali seminggu.

Masa itu tahun 1999. Di kompleks, mula-mula kami menyewa secara berkongsi satu booth dengan kawan.

Bulan depannya, kami sewa satu booth pula. Apabila barang-barang niaga semakin banyak setiap kali promosi, kami sewa 2 booth pula.

Pada tahun 2003, kami direzekikan mendapat kedai di tingkat 1 di dalam kompleks tersebut. Tetapi kami masih meneruskan sewa di tapak-tapak promosi.

Barang-barang niaga semakin banyak, sehingga kedai di tingkat 1 tidak dapat menampungnya.

Kami mencari alternatif lain, iaitu mencari kedai yang lebih besar lagi.

Alhamdulillah, pada tahun 2009 kami ditawarkan membeli sebuah syarikat di tingkat bawah ground-floor di kompleks yang sama.

Di kedai baru kami ini, kami mula membesarkan sayap menjadi pembekal buku-buku teks, buku rujukan sekolah, buku akta, buku IPT, stationery dan sebagainya kepada sekolah-sekolah, perpustakaan, badan-badan kerajaan dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment