Thursday, August 1, 2013

Kedai Kopi

kadang kala kita sangka kitalah juara kedai kopi.
sekali kawan-kawan yang bertandang bersantai-santai
bercakap-cakap kita tertewas
hanya kecut membisu
mencelah pada ketika waktu tidak kena
serba serbi celahan kita untuk memulakan kata
bercerita seperti penglipur lara tidak kesampaian.

Paling memalukan kita tewas di meja bulat kedai kopi
Di depan orang yang sentiasa melihat kita jaguh
resmi kehidupan kita selalu bersangka yang muluk-muluk tentang diri sendiri
atau ayat lebih islamiknya wujudnya perasaan ujub

kadang kala kalah di kedai kopi boleh mencemar maruah
merosak ego
dan yang paling teruk terpaksa bayar bil selepas makan.

No comments:

Post a Comment