Monday, August 1, 2011

Lelaki Berkaki Kaca Dan 2 Mentera sakti


Pada ketika saya selesai solat Asar terdengar rintihan lelaki berkaki kaca sedang berdoa .Doa untuk menghadapi Ramadan yang mulia ini. Lelaki berkaki kaca itu gigih berdoa untuk berjalan di alur Ramadan,berharap langkahan kacanya tidak melukakan badan alur-alur Ramadan yang dilaluinya itu dan supaya kaki kacanya tidak retak dan berkecai dipertengahan Ramadan.Saya agak tergamam apabila mendengar doa sedemikian oleh lelaki berkaki kaca tersebut,perlakuannya membuatkan saya juga terasa ingin berdoa.Saya pun berdoa “ Ya Allah jika ini adalah Ramadan yang terakhir untukku,aku merayu padaMu untuk sekian kali ini supaya Engkau memberkati segala amalanku dibulan Ramadan ini dan ketemukan aku dengan malam LailatulqadarMu.

Usai bersolat tarawih tadi datang lelaki berkaki kaca dari arah belakang menyapa bahu saya,kemudian lelaki berkaki kaca itu duduk bersebelahan dengan saya,lalu dia berkata: kata mentera "man jadda wajada"(siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya) tidak cukup untuk memenangkan hidupmu,sebaliknya kamu perlu menambahkan satu lagi mentera dalam prinsip hidup kamu "man shabara zhafira (Siapa yang bersabar akan beruntung).InsyaAllah apabila kamu memegang dua mentera keramat ini dalam hidupmu pasti kamu mampu mensonsangi badai hidup ini menjadi henyutan jaya,".Seperti dia sedang memahami perasaan saya ketika mana sekarang saya berkeadaan kesusahan dalam menghadapi rona-rona hidup ini.

Lelaki berkaki kaca itu sekarang menjadi kawan saya setelah kawan saya lelaki berambut kental telah meninggalkan saya sendirian tanpa sepatah kata dan agak sedikit terkilan dengan tindakannya tersebut,kerana selama ini dialah yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya ketika saya menghadapi masalah dan pada saat gerak-geri putus asa terbentuk dalam diri saya, dialah yang membangkit semangat juang saya dalam kehidupan ini.Saya berdoa walau di mana berada sekalipun lelaki berambut kental berada,dia mampu memberi kata sirna kepada manusia-manusia lain bukan hanya kepada saya seorang sahaja.

Saturday, July 23, 2011

Ayat Dari Genta rasa

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba

Duhai srikandi budi yang masih lara

Sepuhlah air mata di usia muda

Melangkahlah semula dengan kukuh

kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad

Bukan niat dan semangat!



Genta rasa

Malaysia vs Singapura

malam iini pada pukul 7 malam..

Friday, July 22, 2011

Bersatu

Bersatu

Bergema suara nun disana

Memuji tuhan yang maha esa

Menjadi peganagan setiap insane

Mensucikan jiwa dan hati

Persengketaaan terus dijulang tinggi

Manusia terus berfantasi andai dunia ku miliki

Kan ku jadi nakhoda sejuta hari

Tiada madah persaudaraan berkumandang

Hanya suara keangkuhan dirakam

Menjadi kata keramat sepanjang zaman

Ukhwah yang terbina dahulukala

Yang ampuh beberapa zaman

Kini retaknya hamper berkecai

Membilang waktu untuk terlerai

Kedengaran suara nan sini

Meratapi ajal disisi

Bersatulah atas daulah ilahi

Dengan jiwa sesuci bunga melati

Kebangkitan

Kebangkitan

Kekalahan semalam membuka satu jalan

Bagi yang ingin pedoman

Menuju jalan kebangkitan

Demi kejayaan dimasa hadapan

Kebangkitan yang dibuat

Dengan azam yang kuat

Semangat dalaman yang membulat

Supaya kekalahan dna kegagalan terubat

Kebangkitan yang disemat

Bukannya mencari pangkat

Untuk diangkat darjat

Hanyalah untuk berkat

Semoga hidup dirahmat

Memartabatkan bakat untuk sejagat

Motivasi yang ada jangan samapai berkulat

Nanti segala yang cepat jadi lambat

Kerahkan semua kudrat dan keringat

Untuk menaikkan sejuta semangat

Melangkaui darjat malaikat

Menjadi hamba dan insane yang terhebat

Thursday, July 21, 2011

Bingung

Bingung

Tiba-tiba perkataan itu yang tertancap

Pada luahan bibirnya untung nasib

Yang sering kali diundang malang

Didalam meniti gelombang hidup yang suram

Dan kain berbalam

Ia menjadi kelaziman dengan mendasari

Sebuah

Kehidupan yang kudus yang dapat

Menggapai

Sebuah kesempurnaan hidup

Biarpun ia pasti melalui sebuah denai

Didalam sebuah impian untuk mencapai

Sebuah kesempurnaan hakiki

Keinsafan

Keinsafan

Bila malam mengundang sepi

Bebayu memapah igauanku

Menyelak selembar kenangan

Pada sesaat terasa

Terlalu manis untuk dibuang

Semalam yang hilang

Kembali segar dan mewangi

Sesegar embun didedaunan mimpi

Terasa aku terlalu tamak

Enggan melepaskannya

Pada fajar yang menyingsing

Akan tetapi

Mentari menampar pipiku

Keangkuhan serta merta hilang

Tersentak aku dengan keinsafan

Rupanya aku…..

Cumalahnya aku perindu yang serakah

Yang amat merindu

Sesatu yang bukan milikku lagi