Monday, August 1, 2011

Lelaki Berkaki Kaca Dan 2 Mentera sakti


Pada ketika saya selesai solat Asar terdengar rintihan lelaki berkaki kaca sedang berdoa .Doa untuk menghadapi Ramadan yang mulia ini. Lelaki berkaki kaca itu gigih berdoa untuk berjalan di alur Ramadan,berharap langkahan kacanya tidak melukakan badan alur-alur Ramadan yang dilaluinya itu dan supaya kaki kacanya tidak retak dan berkecai dipertengahan Ramadan.Saya agak tergamam apabila mendengar doa sedemikian oleh lelaki berkaki kaca tersebut,perlakuannya membuatkan saya juga terasa ingin berdoa.Saya pun berdoa “ Ya Allah jika ini adalah Ramadan yang terakhir untukku,aku merayu padaMu untuk sekian kali ini supaya Engkau memberkati segala amalanku dibulan Ramadan ini dan ketemukan aku dengan malam LailatulqadarMu.

Usai bersolat tarawih tadi datang lelaki berkaki kaca dari arah belakang menyapa bahu saya,kemudian lelaki berkaki kaca itu duduk bersebelahan dengan saya,lalu dia berkata: kata mentera "man jadda wajada"(siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya) tidak cukup untuk memenangkan hidupmu,sebaliknya kamu perlu menambahkan satu lagi mentera dalam prinsip hidup kamu "man shabara zhafira (Siapa yang bersabar akan beruntung).InsyaAllah apabila kamu memegang dua mentera keramat ini dalam hidupmu pasti kamu mampu mensonsangi badai hidup ini menjadi henyutan jaya,".Seperti dia sedang memahami perasaan saya ketika mana sekarang saya berkeadaan kesusahan dalam menghadapi rona-rona hidup ini.

Lelaki berkaki kaca itu sekarang menjadi kawan saya setelah kawan saya lelaki berambut kental telah meninggalkan saya sendirian tanpa sepatah kata dan agak sedikit terkilan dengan tindakannya tersebut,kerana selama ini dialah yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya ketika saya menghadapi masalah dan pada saat gerak-geri putus asa terbentuk dalam diri saya, dialah yang membangkit semangat juang saya dalam kehidupan ini.Saya berdoa walau di mana berada sekalipun lelaki berambut kental berada,dia mampu memberi kata sirna kepada manusia-manusia lain bukan hanya kepada saya seorang sahaja.