Monday, June 13, 2011

Persoalan yang terungkai



Di kawasan taman perumahan yang kami sewa ada seorang pemuda yang telah lama belajar di oversea kembali ke tanah air.Pemuda itu telah mencabar guru-guru agama dikawasan perumahannya tetapi tiada seorang pun yang mampu menjawab semua persolannya,pada satu ketika saya,kawan saya yang berjeans hijau dan kawan saya yang berambut kental terserempak dengan pemuda itu sewaktu perjalanan pulang dari masjid,tidak semena-mena kawan saya yang berambut kental terus menampar pemuda itu,terkial-kial pemuda apabila terkena penampar kawan saya yang berambut kental itu.

“kenapa kamu menampar saya?”,kata pemuda dengan nada tidak puas hati.Nasib baik pemuda itu jenis orang penyabar jugak orangnya,kalau tidak tentu saya dapat melihat “wrestling” percuma.

Saya lihat ada nyamuk kat pipi,sebab itu saya tepuk pipi kamu tadi maaflah kalau saya tertampar tadi “kata kawan saya yang berambut kental agak kesal dengan tindakannya.

“Jom kita pergi minum warung depan sana”ajak kawan saya yang berambut kental kepada pemuda itu.

Usai berborak-borak tentang diri masing-masing dan kehabisan modal penyambung bicara,selepas meneguk teh kawan saya yanag berambut kental memecah kebuntuan itu dengan bertanyakan sesuatu.

“heboh satu taman ini saya dengar kamu mencabar guru-guru agama tentang persoalan-persoalan yang kamu musykil,tetapi tiada siapa dapat menjawabnya,apakah soalan kiranya saya boleh tahu?”,tanya kawan saya yang berambut kental kepada pemuda itu.

“Adakah kamu mampu menjawab persoalan saya ini kerna ilmuan-ilmuan yang saya temui semuanya tidak mampu menjawab.”jelas pemuda itu.

“Insyaallah,dengan izin Allah saya mampu menjawabnya.”,balas kawan saya yang berambut kental.

Saya ada 3 soalan iaitu kalau memang tuhan itu wujud tunjukkan saya?apakah yang dinamakan takdir?kalau syaitan dijadikan dari api kenapa dimasukkan kedalam neraka yang berupa api juga adakah ia memberi kesan kepada syaitan yang dijadikan dari api jugak?”,tanya pemuda tersebut dengan penuh ghairahnya.

Masih terasa sakit lagi ke tamparan yang saya lakukan kepada kamu tadi?”,tanya kawan saya yang berambut kental itu.

Ya”,jawab pemuda itu.

“tamparan yang saya lakukan tadi untuk mematikan nyamuk tup-tup terlebih menjadi tamparan yang kencang boleh dijadikan jawapan untuk 3 soalan dari kamu tadi”,jelas kawan saya yang berambut kental lagi.

“Bagaimana rasa ketika kamu terkena tamparan saya tadi?,” tanya kawan saya yang berambut kental.

“Tentulah sakit kamu nihhh,”rengus pemuda itu.

“sakit kan..ok,tunjukkan saya kewujudan sakit itu,”kata kawan saya yang berambut kental

“saya tidak dapat menunjukkan kewujudan sakit,”kata pemuda itu

“ini jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.”,jelas kawan saya yang berambut kental.

“Adakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya secara tidak sengaja?”, tanya kawan saya ynag berambut kental.

“tidak,”kata pemuda itu

“adakah kamu mengetahui kamu akan ditampar hari ini?”,tanya lagi kawan saya yang berambut kental

“tidak”,balas pemuda itu lagi

“itulah yang dinamakan takdir,”kata kawan saya yang berambut kental

Saya dan kawan saya yang berjeans hijau terus terpana dan terpegun dengan penerangan yang diberikan oleh kawan saya yang berambut kental sesekali sambil mendengar meneguk air teh yang berada diatas meja.

Pada saat dan pada ketika kawan saya yang sedang mengambil donut yang tersedia didepan,dia bertanya lagi,

“tangan saya yang menampar pipi kamu tadi dibuat dari apa?,”

“kulit,”balas pemuda itu dengan berkeadaan terpinga-pinga.

“pipi kamu juga diperbuat dari kulit jugak kan,sakit kan tadi kena tampar ,”balas kawan saya yang berambut kental.

“ya,”jawab pemuda itu.

“Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.,”terang kawan saya yang berambut kental untuk menjawab soalan yang ketiga tersebut.

Kelihatan riak wajah pemuda itu memahami dan menyetujui dengan jawapan yang diberikan oleh kawan saya yang berambut kental.

makan minum kami petang itu di warung disponsorkan oleh pemuda itu kerana berasa terhutang budi dan berterima kasih kerana segala persoalan yang berlegar-legar dan menari-nari didalam kepalanya sudah terungkai dengan jawapan yang bergaya oleh kawan saya yang berambut kental.




Lelaki,tilam baru dan impian

Usai setahun menungu akhirnya harinya sudah tiba iaitu hari mendapat tilam baru,setelah bersusah payah rumate saya berusaha akhirnya pada hari iaitu hari isnin kami mendapat tilam yang berjenama "stamina".

Moga kami tidur dengan penuh ber"stamina" seperti nama tilam kami tersebut,setelah mendapat tilam baru saya mempunyai impian yanag tersendiri iaitu:

semoga dengan adanya tilam baru saya boleh bangun awal untuk bertahajud.

semoga pada tiap-tiap malam pada saat pukul 11 malam adalah waktu mata ini terpejam tidur dengan lena sekali

semoga semakin bersemangat untuk study di kolej untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan belajar untuk setahun yang akhir ini.

semoga mendapat 4 plex untuk semester ini

amin amin amin ya rabbalaalamin....

okehhh..masa untuk study health promotion(promosi kesihatan) malam nih pada saat tepat pukul 8 test akan bermula.

gudluck

Thursday, June 9, 2011

Menunggu lampu isyarat

Dalam kehidupan seharian, kerap sekali kita akan bertemu dengan lampu isyarat. Jika dibilang, mungkin kita menghabiskan masa berminit-minit hanya untuk menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau.

Daripada kita sekadar membuang masa menunggu, apa kata bermula hari ini kita berazam untuk memanfaatkan masa menunggu lampu isyarat dengan zikir.. ya, zikir dan sucikan hati kita tatkala kita sedang menunggang motosikal atau memandu kereta. Mudah dan hebat bukan?

Wednesday, June 8, 2011

Aku ,Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sew...aktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.