Dia seorang budak yang aktif
dan lasak,melihat kepada telatah anton,memang dia tak betah duduk diam seperti
budak budak lain.anton anak kepada pasanganak rio dan sandra merupakan anak
yang hiperaktif,mereka sukar mengawal anak kecilnya yang berusia 10 tahun
itu.rio merupakan kerani di sebuah sekolah berhampiran rumah iaitu sekolah
rendah kebangsaan chicha menyabong dan selalu sibuk persatuan persatuan bebas
ketika habis kerja waktu pejabat.sandra pula seorang surirumah sepenuh masa
tetapi sibuk menjaga anak kembarnya yang baru berusia 3 tahun.anton merupakan
anak sulong memerlukan perhatian yang penuh ibubapa,dan dia tidak mendapat
perhatian yang sepatutnya kerana ibubapanya sibuk dengan urusan masing masing.
Kampung
persekitaran yang damai
membuatkan sesiapa saja yang mengujungi kampung anton tidak mahu meninggalkan
kampungnya.dari permandangan yang mempersona dengan sawah padi yang luas
terbentang ke penduduk kampung yang peramah sentiasa kaya budi dan mewah dengan
bahasanya. Membuatkan sesiapa saja tertawan dan jatuh cinta pada kampung tok
jawa ini. Nama kampung tok jawa di ambil sempena dengan seorang lelaki yang
berasal dari jawa,yang membuka kampung ini yang asalnya merupakan hutan belukar
tempat jin bertendang mengikut cerita orang kampung,lelaki yang berasal dari
jawa yang membuka tanah kampung ini tidak berkahwin dan tidak mempunyai
zuriat.maka tiada keturunan dari kalangan orang jawa yang menetap di kampung
tok jawa hanya orang tempatan saja yang menjadi penghuni tetap yang menetap di
kampung tok jawa. Maka dengan menghormati dan memperingati jasa lelaki tersebut
yang membuka tanah nama kampung tempat anton tinggal di namakan kampung tok
jawa.
Sungai
kampung tok jawa mempunyai
satu anak sungai yang merupakan tempat mengalirkan air hujan bagi mengelakkan
berlaku banjir,jika hujan lebat turun pada musim tengkujuh yang biasa berlaku
pada hujung tahun.sungai tersebut juga menjadi tempat permainan anton selepas
habis waktu persekolahan.
"Adnan selepas abis
kelas kita pergi mengail,okey?" Kata anton kepada kawannya.
Okey,kita mengail di tempat
biasa la ya,balas adnan sambil menggaru garu punggungnya,barangkali seluar yang
di pakainya dah lama tak berbasuh.
Tepat pukul 1 tengahari,dua
sekawan membonceng basikal melencong ke sungai,manakala kawan kawan yang lain
membonceng menuju ke rumah.setelah beberapa ketika sampailah mereka ke sebatang
sungai berhampiran rumah mereka.
Di kala matahari menegak di
atas kepala dan terik cahaya matahari membuatkan kulit sesiapa saja pedih pedih
terasa apabila berdiri di kawasan sungai tersebut.dengan semangat yang pada 2
sekawan tersebut terik panas tidak mampu menjadi penghalang keinginan mereka
untuk memancing.
"Jom pergi ambil kail
kita kat bawah daun kelapa di belakang pokok sana,"ajak anton kepada Adnan
selepas mereka meletakkan basikal di bawah pohon jambu batu yang rendang dan
menjadi tempat lepak lepak selepas penat bermain bola sambil memakan jambu
tersebut jika musim buahnya.
Kemudian mereka berdua
mencari umpan belalang di kawasan tersebut.setelah berpuas hati dengan umpan
yang di tangkap mereka pun menuju ke sungai.tetiba sedang asyik mereka menunggu
umpan belalangnya mengena,tetiba joran anton yang diperbuat dari pelepah daun
nibong dan berpelampungkan cebisan selipar jepun berwarna merah tarik
ikan,tenggelam timbul cebisan selipar jepun itu apabila ikan menarik narik
umpan belalang ke dasar sungai untuk memakannya,dengan sepantas kilat anton
menarik joran itu.
Adnan,kail aku dah mengena
ikan ni,laung anton melompat lompat gembira kerana berjaya mendapat ikan puyu
yang sebesar tapak tangan orang dewasa.
"tengok tengok aku dah
seekor ikan puyu,kau ada?"tanya anton kepada adnan dengan nada bangga
sambil memegang ikan puyunya. "semalam kan kan adnan,aku tengok dalam
tv,orang keluarkan ikan dari mata kail dengan mulut,terbaiklah,"kata anton
kepada adnan.
"cuba kau masukkan ikan
puyu dalam mulut kau ."seloroh adnan kepada anton.
Tidak semena-mena anton
memasukkan ikan puyu ke dalam mulut,selorohan dari adnan disangkanya
cabaran,adnan terkejut melihat anton memasukkan ikan puyu ke dalam mulut dan
melihat anton terkial-kial dengan mulut ternganga dengan mulutnya tersumbat
dengan ikan puyu.anton kelihatan cemas apabila ikan puyu yang di masukkan ke
dalam mulut itu tidak dapat di keluarkan,anton terus berlari ke tempat basikal
dan mengayuh basikal laju menuju ke rumah dan adnan mengayuh basikal membuntuti
anton.setelah sampai ke rumah anton terus meluru luru masuk ke dapur rumah
mencari sandra iaitu emaknya untuk membuang ikan puyu yang terlekat di dalam
mulutnya.
"apa yang terjadi
ni,sampai ikan puyu boleh masuk dalam mulut!"marah sandra pada
anton,sambil tangannya di masukkan ke dalam mulut anton untuk mengeluarkan ikan
puyu,tetapi tidak dapat mengeluarkan ikan tersebut kerana sisik ikan puyu
terlekat pada lelangit menyebabkan mulutnya berdarah,lagi menakutkan adalah
apabila sandra mencapai ekor ikan puyu itu semakin dalam ikan tersebut masuk ke
dalam tekak anton.anton menangis kesakitan ketika emaknya cuba membuang ikan
puyu itu.
"baik kita pergi
hospital,mak tak dapat keluarkan ikan dalam mulut kamu"kata sandra kepada
anton berpura-pura tenang padahal jauh di lubuk hatinya bimbang dengan keadaan
anton,dia bimbang kalau tunjukkan reaksi cemas akan membuatkan anton lagi takut
dan bimbang dengan keadaannya yang agak kritikal sekarang.
Mereka terus ke hospital
untuk membuang ikan puyu yang terlekat di dalam mulut anton.sesampainya mereka
ke hospital,anton terus di kejarkan ke wad kecemasan.
"Siapa mak kepada anton
anak lelaki rio." tanya doktor yang baru keluar dari bilik wad kecemasan.
"Ya,saya doktor
."jawab sandra pada doktor.
"kami tidak dapat
mengeluarkan ikan puyu dalam mulut anak puan,jadi..kami terpaksa membuat
pembedahan pada tekak anton untuk membuang ikan puyu itu."terang doktor
yang berkaca mata itu pada sandra dengan teliti meminta kebenaran dari sandra
untuk membedah tekak anton
"kalau itu yang terbaik
untuk menyelamatkan anak saya,saya bersetuju.."jawab sandra dengan nada
sedih dan sayu mengenangkan nasib malang tak berbau anaknya.
Setelah 5 jam berada dalam
dewan bedah akhirnya ikan puyu yang berada di dalam mulut anton selamat di
keluarkan oleh doktor pakar yang berkaca mata tersebut.sandra sangat gembira
dan besyukur kerana anaknya selamat dalam pembedahan yang memakan masa yang
lama itu,hanya tuhan saja yang tahu perasaannya ketika menunggu di luar wad
kecemasan itu.
Kesan dari ubat bius yang
digunakan untuk pembedahan menyebabkan anton tertidur selama sehari,dalam
lenanya anton bermimpi berada di tepi sungai,duduk bermenung melihat air sungai
mengalir,tiba tiba anton terasa bahu kanannya di sentuh dan berpaling melihat
lelaki berambut kental menyentuh kemudian duduk di sebelahnya.sambil sambil
menguraikan rambut sebelum memulakan bicaranya.
"dalam hidup ini kita
perlu tahu apakah itu gurau senda dan kata kata serius,kadang kadang kita juga
jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kita lihat,kadang bertafakur sesaat
sebelum bertindak boleh menyelamatkan nyawa kita."nasihat lelaki berambut
kental kepada anton panjang lebar.sedang asyik mendengar dan anton kemudian
mahu memulakan bicara dengan sekelip mata lelaki berambut kental ghaib entah ke
mana dan anton pun tersedar dari tidur,dia menyesal kerana mudah terpengaruh
dengan keadaan sekelilingnya,yang perbuatannya itu menyebabkan nyawanya berada
di hujung tanduk.
No comments:
Post a Comment