Friday, June 15, 2012

Koleksi Novel Saya


Lan Lani,Jimmy Yeoh,Prakash Kumar dan Farid Jaah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam.Angka 302 di tulis di atas dahi mangsa tersebut.Sejurus itu,mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan.Ketika diberkas mereka berkeadaan telanjang bulat.
Bagaimanapun,motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur.Andai dipadankan dengan psikologi manusia,ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah waras.Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032-Seorang Peguam bernama Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh 2 orang pakar psikiatri bertujuan merungkai misteri pembunuhan tersebut.Dengan mesin yang mampu mengundurkan masa mereka meneroka masa dengan masuk ke dalam sesuatu watak pada zaman pembunuhan itu.

Rita menyertai projek tersebut kerana kajian yang dilakukan itu tentang pembunuh bapanya yang tidak ketahui sejak 20 tahun,itulah sebabnya Rita terdorong menyertai projek rahsia tersebut.

Lebih mendebarkan,apabila pembunuh sebenar arwah ayahnya mensabotaj projeknya.
Pembunuh tersebut merupakan tunang kepada pekerja ayahnya dulu,dia berdendam kerana kematian tunangnya tidak mendapat pembelaan dan keadilan telah ternoda,kerana pembunuh tunangnya merupakan ahli politik yang berpengaruh.

Irwansyah iaitu dalang kepada pembunuhan yang berlaku kepada orang-orang yang bersubahat dengan Datuk Mahali dan juga pembunuhan Datuk Mahali juga.Irwansyah merupakan seorang lelaki yang licik,kerana dia menggunakan kuasa minda mempengaruhi orang-orang yang sakit jiwa di hospital jiwa dengan mewujudkan watak didalam kepala pesakit-pesakit di hospital dengan watak yang bernama Zonan si pembunuh bertopeng tanpa wajah.

Dengan menggunakan permainan minda iaitu mempengaruhi pesakit jiwa supaya takut dan patuh kepada watak yang diwujudkan ketika mana pesakit tersebut tidur,Irwansyah memainkan peranannya sebagai lelaki bertopeng tanpa wajah.

Irwansyahlah yang mempengaruhi minda Lan Lani,Jimmy Yeoh,Prakash kumar dan Farid Jaah untuk membunuh demi melangsaikan dendam kesumatnya terhadap Datuk Mahali.

tagline cerita ini adalah: Jangan Percaya!.


No comments:

Post a Comment