Halimunan terbang di awang-awangan.Dilihatnya
sebuah planet penuh kebiruan,penuh kehijauan.Indah sungguh di pandangan
matanya,lalu halimunan terbang melayang menuju destinasi yang memikatnya
itu.Memang dikenalinya bumi yang pernah dilawatinya dulu dan kini hatinya
kepingin untuk melawatinya sekali lagi.
Tibanya di bibir langit,halimunan
merasakan kelainan.Dadanya senak,nafasnya sesak.Hatinya tertanya-tanya mengapa
demikian rasanya.Halimunan menjunam laju agar hilang sesak dadanya hingga
hamper terlanggar geroda besi.Halimunan berhenti sebentar,melepaskan debar
akibat kejutan mendadak.
Helang terbang berhampiran,ketawa
terkekeh-kekeh melihat halimunan.
“Wahai Halimunan apa yang kau
buat di sini?”tanya helang.
“Aduhai helang,telah sekian lama
aku berada di awangan orbitmu.Berkesempatan melawat Cuma berkurun
sekali.Keinginan kuat melihat bumimu yang indah ini sekali lagi.”jawab
halimunan.
“Suatu masa dulu,memang bumi
indah di lawati tetapi kini bahayanya banyak sekali.”
“Maksudmu ancaman si geroda
besi?”celah halimunan dengan pantas.
“Geroda besi hanya cantuman
besi.Rekaan manusia yang bijaksana.Kapal terbang diberi nama untuk membawa
mereka kemana-mana.Perjalanan dulu sebulan purnama,tetapi kini sehari
sahaja.”Helang member penjelasan panjang lebar.
“Jika manusia begitu
bijaksana,mungkin kini aku juga mampu dilihatnya.”helang melayang-layang
mengelilingi halimunan.
“Aku pasti kau tidak mungkin
dapat dilihat pada pandangan kasar mata manusia.Meski akal fikiran mereka
miliki,namun hati jua yang menjadi panduan tindakan laku.”
“Maksudmu?”halimunan bingung
dengan penerangan helang.
“Pangkat,harta dan kuasa jualah
yang menjadi punca.Masing-masing berlumba-lumba mengejar segalanya tanpa
berfikiran waras.Kemajuan yang dicari-cari,namun kemusnahan pasti menanti.”
“Aku masih kurang mengerti,wahai
helang.”Halimunan inginkan maklumat yang lebih.
“Jika masih belum
memahami,ikutlah aku,pasti bukti akan ku beri.”Helang meluruskan
kepaknya,melayangkan badan kea rah bumi.
Halimunan mengikut helang dari
arah belakang dengan kepala penuh persoalan,dengan hati penuh soalan.Apabila
tiba di awan yang paling rendah,kepulan asap hitam berhembus di ruang legar
helang dan halimunan.Kedua-duanya terbatuk dan hampir hilang imbangan badan.
“Petala apakah gerangannya
ini,wahai helang?”Halimunan bersuara di celah batuk yang seolah-olah tiada
hentinya.
“Asap kilang yang punya
angkara.Hasil sampingan keluaran manusia.”helang menjunam seperti kapal terbang
yang terkena tembakan musuh di udara lalu hinggap bertenggek di bumbung yang
lapang.Halimunan cuma mengikut setiap langkah gerakan helang.
Di bumbung bangunan kilang yang
tinggi,dalam pandangan yang penuh jerebu,kelihatan kawasan perindustrian yang
melaut luasnya.Kilang-kilang pelbagai bentuk.Ada yang canggih serta cantik.Ada
yang biasa tetapi bergerak sasa menghasilkan keluaran kegunaan manusia.
“Mungkin inilah puncanya dadaku
senak setibanya aku di ruang langitmu.Tetapi perlukah kawasan yang seluas ini
untuk menghasilkan kegunaan manusia?”Halimunan meneruskan soal selidiknya.
“Inilah kawasan perindustrian
binaan manusia.Pelbagai bahan,pelbagai bentuk dan rupa di cipta dan direka
untuk kepentingan manusia tanpa mengira hasil sampingan yang tercipta yang
sudah tentu akan membawa malapetaka jika tindakan wajar tidak di ambil kira
untuk menyelamatkan bumi daripada bencana.”Helang berhenti sejenak untuk
menarik nafas,meskipun oksigen berkurangan bagi menyumbang cerita buat santapan
telinga sahabatnya,halimunan.
“Udara kini tercemar sudah.Asap
hitam naik ke udara,menurunkan hujan asid penuh berbahaya.”Helang mengembangkan
kepaknya dan terus melayang ke arah parit butan manusia yang penuh bahan
sampingan kilang yang tiada terhingga busuk baunya.Baunya tidak dapat
digambarkan kerana hidung mereka tidak mampu untuk menahan
busuknya,berkali-kali busuknya dari yang biasa hidung mereka hidu.
Kedua-duanya terbang mengikut
alur parit yang likat pekat dengan cairan berwarna kehijauan bercampur
kehitaman.Kadangkala halimunan menutup telinganya kerana tiada tahan akan
kehingaran bunyi jentera serta mesin yang bergerak cergas.Sedihnya halimunan
melihat parit yang bercantum dengan sungai yang semula jadi wujudnya.Di tepi
sungai yang tidak bermaya itu,pokok layu kekuningan.
Dalam dua kilometer dari cantuman
parit dan sungai,wujud perkampungan yang tidak diiktiraf.Rumah papan berdiri tanpa
jarak dalam susunan tidak teratur.Kelihatan anak kecil berlari-lari tanpa
seurat benang membawa perut boroi.Kelihatan si ibu mencedok air di dalam buyung
yang telah sompek.
“Lihat itu helang! Bukankah
bahaya menggunakan air sungai itu?”Halimunan meluahkan rasa,bimbang akan
kesihatan manusia.
Helang diam membantu,terus
terbang ke kawasan perhutanan.Di sebatang pokok di atas bukit,helang hinggap di
puncak pokok.Halimunan singgah di dahan yang terletak di bawah hinggapan
ranting helang.
Dengan megah halimunan bersuara,”
Mengapa engkau tidak menjawab ketika aku menghulur pertanyaan?”
“Mulutku tiada dapat
berkata-kata.Haruskah aku kasihan terhadap manusia sedangkan bencana menimpa
angkara manusia juga?Tamakkan harta,bumi digadai untuk memenuhi kehendak yang
kaya sementara yang miskin dibuat aniaya.Apatah lagi sesama mereka berbuat
aniaya,nasib haiwan semakin panjang ceritanya.”helang berkata-kata berhenti
sejenak menghela nafasnya.
Halimunan berbaring di dahan
merehatkan badan mendengar penjelasan helang sambil menghirup udara nyaman yang
baru disebut sejak tibanya di bumi.
“Nun..lihat terus di hadapanmu
itu.Pokok ditebang satu persatu.Mana tempatnya rumah kan ku bina?banyak saudara
ku yang telah pupus.Dulu makanan banyak sekali.Jika lapar boleh berburu,tetapi
kini tidak lagi.Sampah sarap buangan manusia pula yang menjadi habuan perut
yang kosong.Rumah kami dirampas untuk membina rumah mereka.Jika tidak,dibuat
padang permainan mereka.Dibina padang rumput yang sungguh luas hanya untuk
permainan manusia yang kaya.”helang bernada sedih membayangkan pilu yang
meresap kalbunya.
Halimunan cuma menggeleng tanda
simpati mendengar keluhan helang.Masing-masing tidak bersuara,membisu seribu
kata sambil menikmati pemandangan hijau yang pasti Cuma sementara.Jeritan
lotong dan siamang mahupun cengkerik kecil ataupun unggas hutan telah ditukar
dengan ngauman jentolak gagah menyodok pokok yang tumbang ke tanah.
“Mari ku bawa kau melihat bumi
yang kononnya indah ini.”helang terbang menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu
pelancong.Halimunan cuma menurut ingin mengetahui cerita lanjut dari helang
yang hatinya ibarat di ramas-ramas sampai berkecai oelh manusia yang tidak ada
sedikit pun sifat sensitif terhadap perubahan alam yang di huni bersama dengan
makhluk lain.
Mereka tiba di sebuah kawasan
yang penuh dengan ruhtuhan bangunan.Suasana sepi menyelinap di segenap
ruang.Kesan kebakaran di merata-rata.Kawah tanah wujud di sana sini.
“Gerangan bencana apakah yang
berlaku di sini?umpama tahi bintang jatuh menimpa bumi.”halimunan hairan
melihat kerosakan begitu teruk melanda kawasan bandar yang kini tidak
berpenghuni lagi.
“Bukan tahi bintang yang punya
angkara tapi manusia berhati binatang yang mencipta sengsara.Peperangan saudara
melanda mengakibatkan bandar ini menjadi sedemikian rupa.Cuba kau lihat warna
merah di merata-rata tempat.Tumpahan darah mereka yang tidak berdosa.”helang
bercerita dengan nada mendayu.Sebaknya seperti sang ibu yang tepaksa memijak
anak sendiri angkara durjana yang di lakukan oleh sang anak.
“Ke mana perginya penghuni di
sini.Adakah mati atau melarikan diri?”
“Ada yang mati,ada yang lari.Di
sini Cuma tinggal sejarah,perbuatan manusia yang tiada arah.Tamakkan
kuasa,tamakkan harta,nyawa manusia yang jadi korbannya.”selesai helang
berkata-kata,dia membawa halimunan berlegar-legar untuk melihat kebinasaan yang
nyata.
Tiba-tiba kedengaran dentuman
kuat.Kedua-duanya tersentak.Hampir halimunan terjatuh ke bumi.
“Mendung tidak,rebut pun
tidak,tiba-tiba langit berdentum membelah bumi.Bunyi apakah itu wahai helang?”
“Itulah senjata manusia yang
sungguh bijaksana.Sekali dentuman beratus nyawa pasti terkorban.”
“Mari kita ke sana.Ingin sekali
memerhatikan peristiwa yang sedang menimpa.”Halimunan memujuk helang ke tempat
kejadian.
“Wahai Halimunan yang ingin
mengetahui,ku nasihatkan jangan ke sana.Suasana ngeri tidak terperi.Meskipun
aku digelar binatang,tetapi aku sendiri tidak berani melihat manusia berhati
binatang,bertindak ganas bukan kepalang.”
“Jika begitu nasihatmu,marilah
kita beredar pergi.”Halimunan yakin kejadian yang berlaku,tentu buruk sekali
sehingga helang yang gagah berani tidak sanggup membawanya pergi ke tempat
kejadian yang dikatakan ngeri itu.
Mereka pun terbang pergi ke
destinasi yang belum pasti lagi.Tiba di kawasan yang kuning keemasan,Halimunan
terasa panas membahang.Diajaknya helang turun kerana tiada tertahannya panas
hari.Tiba di bumi ,halimunan kehairanan melihat tanah kering merekah.Rumah yang
berbentuk tiga segi dengan rumput kering menjadi dinding atap pelindung diri.
“Tempat apakah ini,tumbuhan
tiada,air pun tiada tapi manusia tinggal melata?”Halimunan terus bertanya.
Anak-anak kurus.Ibu dan ayah pun
begitu juga.Badan mereka kurus kering.Yang tinggal Cuma tulang dan kulit tanpa
sedikit pun daging.Lalat menghurung mereka bagaikan bangkai berjalan.
“Inilah bencana kemarau.Tanah
kontang tidak dapat bercucuk tanam.Mereka kebuluran tanpa makanan.”Helang
member penjelasan.
“Marilah kita ke tempat lain.Tidak
tertahan melihat mereka derita menunggu maut yang pasti tiba.”Halimunan dan
Helang terbang ke destinasi yang lain pula.
Mereka sampai di tengah
lautan.Ternampak sebuah kapal penuh muatan.Anak kapal sibuk bekerja,membuang
isi muatan ke dalam laut.
“Apakah yang dibuang oleh manusia
itu?”Halimunan bersuara bertanya helang.
“Apabila hasil tanaman tumbuh
secara berlebihan,petani mewah takut harga jualan tiada dapat bertahan.Dibuang
gandum ke dalam lautan agar jualan dapat kawalan.
Begitukah sifat manusia kini?
Demi kekayaan,insane lain tidak di ingati.Alangkah olek sekiranya gandum yang
berlebihan tadi diberi kepada mangsa kebuluran yang menunggu mati.”Halimunan
mengeluh simpati.
“Mungkin elok kita berehat
seketika.Melepas penat setelah berharian terbang penuh leka,melihat gelagat
dunia pelbagai cerita.”Helang member cadangan kepada Halimunan,lalu halimunan
menggangukkan kepala tanda setuju dengan cadangan tersebut.
Tiba di pantai,pasir di
jejak,mereka berehat untuk seketika.Halimunan melihat laut biru.Belum hilang
penat terus berganjak.Dilihatnya di bibir lautan penuh cairan pekat
kehitaman.Lalu helang ditanya untuk rujukan.
“Kenapa laut yang indah menjadi
begini?Cairan hitam timbul di permukaan bersama sampah-sarap merata-rata?Haiwan
lautan bergelimpangan sahaja!”
Helang mendekati halimunan yang
sedang berdiri di gigi laut yang bertimbunan dengan bahan buangan dan bangkai
binatang lautan yang mati bergelimpangan.”Yang hitam itu minyak dan yang
bertimbunan itu sampah.Buangan manusia yang tidak tahu bahasa.Ikan mati kerana
lemas.Udara tidak dapat diperolehi.
“Begini rupanya bumi kini,penuh
dengan pelbagai pencemaran dan seribu macam kontaminasi.Kontaminasi udara,bunyi
dan air akibat kontaminasi pemikiran manusia sendiri.Indahnya bumi ibarat
kaca,dilihat dari jauh cantik bercahaya dengan kilaun biru dan hijau
nyata,tetapi sayang menunggu pecah binasa.Wahai helang yang baik budi
bicara,biarlah aku mengundur diri dulu.Entah bilakah bersua lagi.”Halimunan
meminta izin beredar pergi,meninggalkan bumi yang tidak indah lagi.
“Jikalau engkau ingin pergi,mari
ku tunjukkan jalan mudah yang dicari.Lubang yang terjadi akibat penipisan
lapisan ozon yang semakin hari semakin nipis sekali.”
Helang menunjukkan jalan yang
harus dilalui.Sampai di lapisan ozon yang semakin menipis mereka berhenti
seketika.
“Cubalah kau lihat Halimunan,ozon
yang semakin menipis ini akibat bahan gunaan manusia yang dicipta untuk
kepentingan diri tanpa menghiraukan kebinasaan bumi.”Helang bersuara dengan
sedih sekali.
“Aku bersimpati dan kasihan
dengan nasibmu dan manusia bumi.Mungkin satu hari nanti,tiada manusia tiada
haiwan lagi.Yang tinggal cuma sebutan seperti aku yang tiada
kelihatan.Kontaminasi perlu diatasi,terutamanya fikiran manusia sendiri,jika
mereka ingin hidup lebih lama lagi.”Halimunan terus terbang tinggi meninggalkan
helang berlegar-legar dengan beban dunia yang semakin menjadi-jadi.
No comments:
Post a Comment