Tuesday, February 26, 2013

Melerai Janji


Kepura-puraan aku selama ini,apabila berdepan dengan makcik habsah dan pakcik halim semata-mata menghormati mereka.Aku juga bimbang jika sikap berterus terangku akan menjejaskan hubungan ayah dengan mereka.Aku biarkan segalanya terpendam sehinggakan hati aku luka berdarah.

Sebagai lelaki mana mungkin mampu memendam perasaan lama-lama,memang bergelut aku dengan perasaan ini,tetapi aku usir segan dan menebalkan perasaan ini untuk berdepan dengan makcik habsah dan pakcik halim demi masa depan aku.

Di sebalik keputusan yang aku buat,aku tidak buang sedikit pun rasa hormat kepada makcik habsah dan pakcik halim.Kasih sayang aku pada mereka tetap sama.Mereka aku kenali sejak kecil lagi dan seperti ibu dan bapa sendiri.Merealisasikan impian mereka yang menggunung menuntut seribu satu pengorbanan.Aku tidak berdaya.Terpaksa meleraikan janji mereka.

Sudah tiga tahun bertunang dengan hasiah perasaan cinta tidak sekalipun hadir di dalam hati aku.Hanya kehampaan yang melanda jiwa.Makin hari makin membenci dengan perangai hasiah yang bermulut cabuk itu.

“ kenapa hasiah terima lamaran umi?soal aku pada hasiah.Aku nampak wajahnya macam terkedu dengan pertanyaan aku itu.

“azri salahkan saya?soal hasiah kepada aku kembali dengan nada marah dan mendengus seperti singa betina.

Aku diam tanpa jawapan,sebenarnya aku kecewa dengan umi yang mengatur majlis pertunangan tanpa berbincang dengan aku dulu dan sikap hasiah yang amat menjengkelkan membuatkan aku bertanya soalan,kesal kerana bertunang dengan hasiah bukan gadis pilihan aku.

“Kalau azri tidak sukakan saya kenapa azri biarkan umi azri datang pinang saya?kenapa tak halang dia merisik dulu?kenapa baru hari ini mempersoalkan segalanya?mengamuk sakan hasiah bertalu-talu pertanyaan di tujukan balik kembali kepada aku.

“kalau hasiah tak terima benda ini takkan jadi.”kata aku pada hasiah.

“Ok,begini saya nak Hasiah cakap pada mama hasiah supaya putuskan pertunanganan kita.”tambah aku pada Hasiah.Bukannya aku penakut untuk memberitahu pada makcik habsah dan pakcik halim tetapi tidak dapat berterus terang bila berdepan dengan mereka.

Sejak itu aku dan hasiah tidak lagi membincngkan masalah pertunangan.Kami teruskan pertunangan yang tiada matlamat ini.

Aku sebenarnya sudah tahu sedai awal segala perancangan dua keluarga ini,tetapi aku tidak berdaya menolak cadangan mama aku untuk meminang hasiah kerana ingin menjaga hati mama yang membesarkan aku selama ini dan inilah masanya membalas budi atas segalanya.

Walaupun begitu sebelum ini aku telah memperkenalkan kepada mama kekasih hati aku yang bernama Laila.Aku dan Laila berusaha memikat hati mama supaya merestui perhubungan kami,namun memanglah kata orang apabila mama membuat keputusan,dia tidak akan berganjak walaupun dengan anaknya sendiri.Laila tertekan dan tidak tahan dengan perangai mama yang tidak endah kepadanya,lalu laila membuat keputusan memutuskan perhubungan kami.Sejak dari itu aku sudah tidak ada lagi hati pada mana-mana perempuan.

Apa pun,ramai yang tertanya dengan keputusanku memutuskan pertunangan yang diikat selama tiga tahun lalu setelah tiga bulan pemergian mama.Mereka seperti tidak percaya aku membuat keputusan senekad itu melupakan wasiat mama.

Tetapi perlukah aku memperjudikan nasib aku hanya semata-mata kerana wasiat mama.Kehidupan bersama hasiah semacam sudah aku agak.Gadis keras kepala dan suka berpoya-poya tidak sanggup aku bersamanya.

Kematian mama akibat kanser otak seperti member ruang untuk bernafas.Bukan mensyukuri pemergian mama.Cuma ia bagai peluang bagi aku menebus kesilapan mensia-siakan waktu bersama ikatan yang mendera jiwa walaupun aku telah berjanji didepan mama memelihara tambatan janji mama bersama makcik habsah.

“Mengapa azri mahu memutuskan pertunangan ini?”mata makcik habsah berkaca.Suara yang dilempar bergetar kecewa dengan keputusan yang aku buat ini.

Mama dan makcik habsah selama ini membuat perancangan aku dan hasiah untuk memperkukuhkan lagi tali persahabatan antara mereka dan aku menjadi percaturan mereka.sungguh tidak adil pada diriku sebagai seorang lelaki perlu membuat keputusan sendiri tentang kehidupan ini tetapi terpaksa akur dengan permintaan mama.

“apa sebenarya berlaku,azri?tanya makcik habsah.Aku Cuma mampu memandang wajah sayu makcik habsah.Berat sebenarnya lidahku untuk menutur kata..

“Azri dengan hasiah bergaduh ke?tanya makcik habsah lagi,aku hanya menggelengkan kepala.Wajah aku bergetar menahan sebak.

Aku membetulkan posisi duduk di sofa dengan mengangkat sedikit punggung supaya selesa untuk meneruskan percakapan.

“maafkan azri makcik habsah,saya tahu makcik kecewa dengan saya.saya sayang makcik dan saya anggap makcik habsah macam mama saya sendiri tapi….”

Suara aku tersekat-sekat.Aku tunduk .Terasa kecil untuk menentag pandangan beningnya.

“beritahulah azri,apa yang azri nak beritahu makcik.’’pintanya dengan tenang.

“Sebenarnya saya tidak pernah cintakan hasiah.Dia.saya anggap macam adik saya sendiri.saya rasa tak mampu untuk membahagiakan hasiah,lagipun kami mempunyai pilihan sendiri.Aku bongkar segala rahsia yang aku pendam selama ini.

Mendengar pengakuan aku itu,makcik habsah terkejut besar.Kerana selama ini dia ingatkan aku yang beria-ia mahu memperisterikan hasiah tetapi semua ini kehendak arwah mama aku.Dia merenung wajah aku seakan-akan tidak percaya dengan penjelasan aku itu.Kemudian aku lihat makcik habsah memejamkan mata seketika.Sukar untuk baca apa yang bermain di mindanya.

Kasih hasiah pada amri tetap utuh walaupun dia bertunang dengan aku.Pernah sekali aku terserempak dengan mereka bercuti di langkawi bersama-sama,ketika itu aku ada urusan dengan pelanggan di langkawi perihal kerja.Aku lihat mereka memang pasangan romantic tetapi dalam hati aku hanya ada laila tidak pernah terdetik rasa cemburu didalam hati.

“Anggaplah Azri ini macam anak makcik habsah sendiri.Terimalah pilihan hati hasiah.untuk apa kami disatukan kalau nanti berpisah jua.Saya cuba untuk menerima hasiah….cuba untuk memenuhi wasiat mama tapi…makin saya cuba makin tawar hati saya terhadap hasiah.”ucap aku jujur apa dalam lubuk hati ini.

“Makcik,maafkan kamu azri.”sambil mengesat air mata,impiannya mahu bermenantukan aku tidak kesampaian.Ketika makcik habsah mengiring aku ke pintu keluar rumah sempat aku berbisik pada makcik habsah.

“Persahabatan makcik habsah dengan mama saya tetap abadi.Ia tak akan mati biarpun mama telah pergi.ia tak akan hilang walaupun hasiah dan saya tidak sehaluan,”ucap aku sambil melangkah dalam sebak di dada kerana hajat dua sahabat karib tidak kesampaian,memang cinta tidak boleh dipaksa.

Namun aku tetap lega dan lapang dada kerana semuanya sudah selesai.

Keputusan yang tersirat sudahpun tersurat,mustahil aku akan menagih kasih dan cinta pada hasiah walaupun tiada kepastian lagi bersama laila yang menghilang.Sudah tiga tahun tidak tahu khabar berita tentang laila.Aku pasrah dan redha.segalanya ketentuan Allah,ada jodoh aku dengan laila bertaut kembali kami.
Garam di laut asam di darat, dalam periuk pasti bersatu

No comments:

Post a Comment