Sunday, February 17, 2013

Perihal Keputusan


Pada waktu sekolah rendah,segala perihal tentang kehidupan hanyalah hidup berkisar kepada keputusan orang lain,tentang segala-galanya dari membeli pakaian sekolah,baju raya hinggalah makanan ringan semuanya diputuskan oleh ayah dan mek.

Pada waktu sekolah menengah hinggalah sampai ke menara gading,sudah pandai memutuskan sesuatu perkara dari jenis kasut sekolah yang mahu dibeli hinggalah memilih bidang belajar yang mahu di sambung di universiti.Semuanya diputuskan mengikut gerak hati sendiri,jarang-jarang sesuatu perkara dibawa berbincang untuk memutuskannya.Ada banyak kali  keputusan yang dibuat tersilap,aku terpaksa menanggung peritnya akibat tersalah membuat keputusan,makin banyak aku perlu memutuskan sendiri segala sesuatu makin aku yakin pada diri.

Pada masa sekarang aku mahu menjadi lelaki yang mampu membuat keputusan untuk kepentingan orang ramai.Aku tidak mahu jadi manusia yang hanya pandai merancang dan bijak membuat keputusan hanya untuk diri sendiri,tidak bermakna hidup sebegitu.Aku tidak diajar untuk mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment