Pencinta pencipta
Deruan hujan pasir kedengaran
Hati ini mengenang jasa
Seorang pendeta
Membawa cahaya
Didepannya batu mengunung menimpa
Namun takkan mengecut
Walau sesaat dikalbu
Gunung dihancurkannya
Walau jasad terkubur
Tapi keajaiban menjelma
Membayar dengan bahagia
Kerana diri rela dicerca
Demi prinsip agama
Keyakinan setinggi angkasa
Tak gentar diseksa
Walau hati dibelah dua
Segalanya untuk pencipta
Walau menderita didunia
No comments:
Post a Comment