Thursday, January 31, 2013

Azri

Bab 1

Azri seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh ihsan orang kampung setelah kematian ayahnya dalam kemalangan jalanraya yang mengerikan menjadi liputan dalam media merupakan kemalangan yang paling dahsyat pada masa itu sebuah kereta honda terhumban ke dalam gaung.Manakala ibunya yang lumpuh tidak mampu untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaannnya.Hidup Azri hanya mengharapkan saudara mara terdekat untuk menguruskan persekolahannya.

Walaupun begitu,Azri budak yang berusia 12 tahun tidak hanya mengharapkan belas ihsan untuk terus hidup,dia berikhtiar juga untuk belajar hidup berdikari dengan menjadi pelayan kedai kopi Terus Kental milik pak saudaranya yang Azri selalu panggil Pak Lan.Biasanya Azri akan menjadi pelayan selepas waktu persekolahan,kedai kopi Terus Kental milik Pak Lan tidak pernah lekang dengan pelanggan kerana kedai itu majoritinya adalah pesawah padi dan anak-anak muda yang suka berkerja 5 bulan dan rehat 5 bulan tanpa kerja.Sudah menjadi trend di kampung Azri,anak-anak muda berkerja sedemikian rupa.

Azri tidak pernah ambil tahu dengan trend anak muda di kampungnya,yang pasti dia dapat berkerja untuk mendapat duit dan juga makan minum keluarganya terjaga iaitu makan minum dia dan ibunya sempurna.Apalah sangat budak berumur 12 tahun mahu memikirkan trend sikap pemuda-pemuda kampung dan buat analisis segala bagai,lagi elok memikirkan masalah matematik tolak tambah bahagi semua.

Azri mendapat upah minggu sebanyak 30 ringgit untuk kerjanya sebagai pelayan di kedai kopi Terus Kental sudah cukup untuk dia dan ditambah pula dengan duit 250 ringgit duit dari tabung kebajikan masyarakat.

 Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga seorang anak banyak mengajar Azri untuk terus kental meneruskan cabaran hidup ini dan menjadi hamba Allah yang taat kepada segala perintah Allah.Kerana Azri terbaca di dalam internet kalimat keramat iaitu Allah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan kepada hambaNya di dunia ini yang sementara,tetapi Allah selalu menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan di akhirat sana yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Azri seorang kanak-kanak yang susuk tubuhnya sama dengan kanak-kanak tetapi akal dan fikiran jauh lebih matang dari kanak-kanak lain,di dalam kotak fikirnya bukan bermain menjadi agenda utama tetapi dalam kotak fikirnya sama dengan apa yang di fikirkan oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin,memikirkan perihal mencari nafkah untuk keluarga.




No comments:

Post a Comment