Sunday, January 27, 2013

Pengalaman Berniaga 4



Saya mahu kongsi cerita adik lelaki saya, yang saya kira benar seperti puan bilang, ada interpersonal skill

Adik lelaki saya (31 thn) dia sekolah sampai PMR, lepas itu tidak mahu sekolah, walau dipaksa dan dipujuk.

Sejak umur 14 tahun dia minat berniaga, dia ikut tokei pasar malam berniaga char keow teow di pasar-pasar malam sekitar Sg. Petani, lama-lama tokei sayang dia, lalu 'diperturunkan' ilmu char keow teownya. Adik saya dia kini mahir membuat char keow teow.

Kemudian adik saya ikut tokei 'letrik' buat wiring dan pasang aircond. Lama-lama dia mahir, dan dia buat sendiri bisnes pasang aircond, service aircond dan wiring.

Dan saya perasan adik saya walau dia tidak sekolah tinggi, tapi dia ada bakat interpersonal, iaitu dia pandai 'membodek'. Bila dia buat kerja di sebuah banglo, contohnya pasang aircond, dia akan offer kerja-kerja lain kepada tuan rumah banglo itu.

Contohnya, dia nampak cat pudar di rumah itu, dia akan offer, "Kalau tuan mahu cat, saya boleh cat, rumah tuan cantik, kemas, kalau cat sikit bahagian ini bla. bla.." tak semena tuan rumah tertarik dan minat suruh dia cat rumahnya.

Konsep 'perniagaan' adik saya, biar untung sedikit tapi job banyak, daripada nak untung banyak tapi tak ada job.

Semua kerja dia sanggup buat, termasuk buat plumbing.

Masa mula-mula dia buat bisnes, dia cuma tulis tangan dan fotostat 'brosur' (satu keping A4, potong 4 portion iklan) dan kami adik beradik ketawa terkekeh bila dia eja service, SERVICK, (macam kanser servik haha)....

Tetapi dengan brosur kecil itu orang mudah lipat masuk wallet, lalu dia edarkan ke kawawan perumahan elit-elit yang baru dibuka sekitar Sg. Petani.

Dari beratus-ratus brosur dia edarkan pasti ada 10-11 orang akan call, paling kelakar ada pelanggan (mat saleh) call cakap omputih... masa tu dia di kedai makan, menggagau dia minta salah seorang pelanggan dalam kedai makan itu tolong cakap dengan orang putih itu... ahahah. Kemudian dia bagi budak tu RM10...

Dengan modal RM10 dia belanja budak itu dapatkan job kat dia, dia buat untung ribu-riban. Dia pasang 5 aircond di banglo mat saleh itu, buat wiring, dan kerja-kerja plumbing.

Dia sekarang bawa bini dia jadi jurucakap (mujur dapat bini lulusan universiti, padahal dia PMR pun tak pass)

Kalau bab 'komunikasi interpersonal' dia memang hebat. Dulu kami suka gelar dia 'mat guruh' sebab dia cakap suka bergegar-gegar... tapi lama-lama dia buktikan gegar-gegar dia pun banyak masyuk....

No comments:

Post a Comment