Wednesday, January 30, 2013

Pagi Hari Tahun 2013


Tahun 2013 ini,saya tiba-tiba mempunyai satu semangat yang berkobar-kobar dan nekad untuk mengakhiri zaman bujang dan mahu bertukar status bujang.Mungkin usia dah meningkat dan perasaan mahu di kasihi dan di sayangi oleh seseorang.

Apabila membaca nas-nas dan dalil-dalil tentang perkahwinan banyak juga hikmah berkahwin.Sebagai umat islam yang al-quran dan sunnah menggalakkan untuk penganutnya untuk berkahwin,ini sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia,tidak seperti agama lain yang mengharamkan perkahwinan dan tidak kisah jika tidak berkahwin.

Perkahwinan dapat memastikan keturunan sentiasa terjaga dengan nasab keturunan seseorang jelas seperti mudah untuk mengetahui salasilah keluarga.

Berkahwin juga dapat menambahkan pahala dan juga dapat mengurangkan dosa.Dapat menjaga pandangan dari melihat sesuatu yang haram seperti melihat wanita dengan bernafsu dan menjaga kehormatan diri,sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

 "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim).


Ya Allah...kurniakan daku isteri yang solehah dan jadikan hambaMU ini sebagai anak dan suami yang soleh yang dapat membimbing keluarga dan masyarakat supaya mencintaiMU yang Maha Esa.

Di pagi yang membahagiakan ini pada engkau ya Allah..ku berdoa..ku mengharapkan engkau menjadikan pilihanku ini wanita solehah yang hidupnya membahagiakan kehidupanku dan ku harapkan jua supaya aku juga membahagiakan kehidupan si dia.

Tiada daya upaya ku selain mengharapakan engkau mencampakkan kasih sayang,cinta dan kebahagiaan kehidupan ini.

Aku,hamba hina dengan dosa mencari cinta Allah..



No comments:

Post a Comment