Sunday, January 27, 2013
Pengalaman Berniaga 2
Sedikit mengenai latar belakang saya. Sehabis belajar saya pernah bekerja selama 10thn di MNC company. Minat saya ke arah perniagaan tetapi tidak punya keberanian mahupun modal.
2001 ibu saya meninggal dunia semasa saya berkursus di USA, saya tidak berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir, juga tiada ketika pengkebumian.
Kehilangan beliau seolah-olah menyebabkan saya kehilangan nyawa saya sendiri, hilang arah dan selama dua tahun saya kesedihan.
2003 saya tersedar, mendapat semangat 'saya perlu hidup dan capai apa yang saya ingini'.
Saya merasakan jika saya boleh bangkit selepas pemergian ibu, insya-allah saya boleh hadapi ujian lain dan memasang angan-angan untuk berniaga.
Penghujung 2005 saya membuat keputusan drastik: Mohon cuti tanpa gaji selama dua tahun, buat pinjaman peribadi dari 3 bank dan membuka francis butik kosmetik.
April 2006, ujian pertama - pihak pengurusan dan tuanpunya bangunan tidak mencapai kata sepakat mengenai janjian pajak @ 'lease' bangunan, mangsanya kesemua penyewa. kami diarahkan mengosongkan bangunan dalam masa 2 minggu, saya terpaksa berpindah dan sekali lagi membuat ubahsuaian kedai di lokasi baru - kos tambahan $40,000. pelanggan juga berkurangan apabila berpindah lokasi.
Awal perniagaan agak menyakinkan, tetapi tahun 2008 mula merundum. untuk menampung perbelanjaan operasi saya menyalahgunakan kad kredit sehingga maksimum - kesilapan paling besar saya lakukan.
Masih tidak cukup, tetapi rekod bayaran tahun sebelumnya cantik maka pihak bank pula selalu telefon tawar pinjaman peribadi, pinjaman asal tamat tawar pinjaman baru.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terima tawaran pinjaman peribadi itu - kesilapan lagi.
Masih tidak cukup, saya meminjam dari sahabat dan kakak sendiri. Belum berbayar sehingga hari ini.
Saya hutang franchisor - menangis berjumpa pihak pengurusan mohon simpati supaya tidak ditamatkan kontrak.
Saya pinjam dari TEKUN untuk bayar hutang franchisor.
Saya masih belum putus asa, saya fikir jika saya berusaha lebih kuat saya dapat memperbaiki keadaan.
Pada ketika itu saya berhutang (pinjaman peribadi + kad kredit) dari 7 bank, tiap-tiap bulan lambat, perit walaupun sekadar untuk bayar minimum.
Saya pergi setiap bank - 'terminate' kad kredit, mohon ubah ke pinjaman jangka panjang dan turunkan faedah.
Mula-mula mampu bayar, tetapi bisness masih tidak baik. surat saman lawyer dari setiap bank saya terima, berkali2 sehingga saya tidak berperasaan takut.
Saya tidak buka surat yang sampai kerana tahu itu surat saman. Saya tidak menjawab telefon, saya tahu siapa yang telefon kerana saya sudah simpan nombor setiap bank.
Sehinggalah saya dapat panggilan di butik, suruh berada di rumah kerana pihak lawyer, bank dan polis akan datang untuk sita rumah.
Saya meminjam lagi untuk membayar amaun tertunggak untuk elakkan rumah disita. Akhirnya saya ke AKPK.
Lega sekejap bila bank tidak lagi mengejar, tapi sebenarnya saya tiada gaji, saya cuma bertahan.
Januari 2013 sangat perit, jualan merundum lagi. Tidak cukup untuk bayar kos operasi lagi.
Saya dah buat keputusan Puan, sudah sampai waktunya saya beralih arah. Tidak perlu bertahan disini kerana saya dah mencuba sedaya upaya.
Mungkin sepatutnya saya sedar lebih awal.
Saya terima ini sebagai pengalaman yang sangat mahal, tidak menyesal walaupun tiada simpanan langsung yang tinggal, bahkan hutang $400k.
Keperitan ini menjadikan saya lebih kuat dan kental. Saya akan ceburi bisness lain, tapi saya perlu belajar dari kesilapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Saya perlu ilmu untuk bertindak bijak. Saya perlu mentor, saya perlu sifu untuk menunjuk jalan, memberi nasihat, tunjuk ajar, dan untuk memberi teguran sekiranya saya tersasar.
Saya perlu buat dengan baik, dan betul kerana saya tidak punya banyak masa untuk jatuh dan bangun semula, masa saya terbatas kerana saya sudah 40 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tang pinjaman kita sama;
ReplyDeleteBoleh saya memahami lagi trend naik turun perniagaan dan urusan pembayaran balik ke bank/
Azizan Zabha
0137778788