Friday, June 3, 2011

Belajar Dari Katak

Mungkin selama ini kita sering mendengar kisah tentang semut,burung dalam mengambil ikhtibar dalam kehidupan. Apa kata kali ini kita belajar sesuatu dari seekor katak, makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kelebihan lidah yang panjang dan kaki yang kuat untuk melompat.

Makanan seekor katak biasanya serangga yang berterbangan seperti lalat,nyamuk.Sedangkan katak tidak dikurniakan sayap pun. Tetapi, setiap hari katak dijamin rezekinya. Kan bagus kalau Allah kurniakan katak sepasang sayap supaya ia mudah untuk memburu mangsa yang bebas terbang di setiap penjuru dunia. Tetapi Allah mengurniakan mata yang tajam, lidah yang panjang dan kaki yang kuat untuk melompat mengejar mangsa ketika memburu.

Mungkin kita melihat satu kekurangan jika katak tidak bersayap tetapi jangan lupa yang katak menggunakan kelebihan lain yang Allah kurniakan padanya. Samalah macam kehidupan kita ini. Manusia seringkali melihat begitu banyak kekurangan yang ada pada diri jika dibandingkan dengan orang lain. Lalu, kekecewaan dan kesedihan sering menghinggapi hati kita. Namun, Allah masih kurniakan kita kelebihan yang lain pada setiap hamba-Nya.

Contohnya, seorang pelajar yang kaya mampu untuk menghadiri kelas tambahan untuk menjadi pandai tentang subjek yang dipelajarinya. Namun, ini tidak bermakna yang pelajar miskin tidak mampu untuk menguasai subjek yang sama. Allah masih mengurniakan kelebihan kerajinan buat pelajar miskin supaya dapat menguasai pelajaran itu.

Jadi bila kita melihat katak jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti katak, sedarlah kita lebih mulia daripada katak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita.
Tuhan mencipta manusia dengan berbeza-beza kelebihan yang pada diri kita,kita hendaklah mencetuskan mahu menggunakan kelebihan diri untuk mampu duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan orang lain.


Carilah kelebihan yang Allah sudah kurniakan dalam diri dan gunakanlah ia sebaik mungkin,bukan hanya meratapi kekurangan diri.

No comments:

Post a Comment