Kelas tamat bagi sesi pagi pada pukul 12.30 tengahari .Kawan-kawan sekelas semuanya sudah keluar makan.Hanya saya dan kawan saya yang berambut kental yang ada didalam kelas.kawan saya yang berambut kental sedang sibuk menelaah untuk kelas pada sesi petang pula. Saya sedang duduk bermalas-malasan sambil melihat kawan saya yang berambut kental sedang tekun menelaah.
Saya bersandar ke kerusi dan menutup mata. Waktu ini aku membayangkan ada tangan kasar yang lembut memegang bahu sebelah kanan. Lalu saya berpaling kebelakang. Seorang tua yang berjanggut putih sejemput tersenyum nipis. Pasti dahi aku berkerut. Perlahan-lahan tangan kanan lelaki tua itu lucut dari bahu.
“Arahkan saya berdoa,” kata lelaki tua itu.
Saya diam.
“Saya hanya mampu mendoakan kamu,” kata lelaki tua itu lagi.
Saya masih diam. Lelaki tua itu mengangkat kening. Hanya sekali. saya menggaru kepala yang tidak gatal.
“Doa yang bagaimana?” tanyaku pula.
Lelaki tua itu tersenyum lalu berkata, “Doa berkenaan kebaikan dan kesejahteraan kamu.”
“Mengapa perlu kamu berdoa untuk saya?”
“Kerna doa kamu kosong.”
Saya lalu mengerut dahi. Meneliti lelaki tua di hadapan saya, dari kaki hingga ke rambut. Dia siapa? Mengapa lelaki tua ini menuduh doa saya kosong?
“Kamu ini siapa?” tanyaku lanjut.
“Kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu. Saya sudah jadi tua kerna tidak lagi diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lalu kulit saya yang tegang jadi kecut, janggut yang hitam jadi putih. Tubuh yang lincah kini jadi perlahan. Saya yang sihat kini sudah sakit.” Orang tua itu berkata sambil mengangguk-anggukan kepala.
“Tetapi saya tidak botak,” kataku sambil mengusap kepala. Ya. Memang tidak botak.
“Eh, maaf. Saya terlebih-lebih. Memang kamu tidak botak,” kata lelaki tua itu. Lalu rambutnya tumbuh dengan tiba-tiba ,serta-merta. Saya diam. Kerut di dahi sudah basah. Ada peluh.
“Kenapa jiwa kawan saya yang berambut kental tidak merungut menyuruh dia mengarahkan berdoa,”kata saya dengan nada yang tidak berpuas hati.
“Kawan kamu yang berambut kental seorang manusia yang berdoa dengan keikhlasan kepada Allah,rintihannya mengadu kepada Allah mengegarkan arasy,”balas lelaki tua itu.
“Tolong, arahkan saya berdoa untuk diri kamu,” rayu lelaki tua itu.
Aku diam. Dahi cuba aku tegangkan kembali. Sedetik kemudian saya berkata, “Sekiranya kamu jiwa saya, mengapa kamu tidak berdoa sahaja. Mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?”
“Seperti yang saya beritahu, saya adalah jiwa kamu yang lelah. Lapar dan sudah menjadi tua. Kamu memang ada berdoa. Namun kamu berdoa tidak melalui saya. Hanya pada lidah. Kamu hanya mengarahkan lidah kamu yang berdoa. Tidak mengarahkan saya. Tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong. Tidak ada rintihan. Tidak juga bersungguh. Tidak ikhlas. Saya pohon kamu berdoa melalui saya. Memohon saya yang berdoa kepada Tuhan. Jadi, tolong arahkan saya, jiwa kamu ini berdoa sesuatu berkenaan diri kamu. Jika tidak, pasti saya akan mati. Jangan hanya melalui lidah. Saya sudah tidak mampu lagi bertahan,” terang lelaki tua itu. Kedua-dua belah tangannya memegang bahu kanan dan kiri saya. Saya diam.
Saya membuka mata, lalu berpaling ke belakang. Nyata lelaki tua itu tiada. Dan sekarang masuk waktu solat Zohor (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya). Pasti lelaki tua itu berharap saya mengarahkannya berdoa.
KU FIRST KOMWN...ku first follow...he2.....teruskan menulis...
ReplyDeletetq.abu..kahkah..saja saja mencuba nasib menulis.
Delete