Sunday, June 5, 2011

Kebaikan Yang Tertangguh

"RM10 bang," kata budak itu. Mukanya tidak senyum.

Aku tarik kembali wang RM 2 dan memasukkannya semula kedalam poket seluar.

"Tak apa lain kali sahaja," kataku perlahan. Aku terus berjalan menuju ke stesen komuter.

"Mengapa kamu tidak berikan sahaja RM 2 itu tadi." Temanku yang duduk di kiri aku bertanya. Matanya memerhati budak tersebut berjalan ke seberang jalan menuju ke tempat orang ramai.

"Kalender yang dia jual itu harganya RM10. Aku mana ada duit, lain kali sahaja," jawabku.

"Budak itu jual kalender cerita lain, tetapi RM 2 tadi itu pula mengapa kamu tidak sedekahkan sahaja," tegasnya. Sambil menaiki tangga ke tempat menunggu komuter bersama aku.

Aku terdiam. Bodohnya aku. Terus aku teringat kata-kata kawanku yang berambut kental:

" Kita sering ditipu oleh iblis. Bagaimana? Dengan berbisik di hati hati kita. Memujuk kita menangguhkan sesuatu kebaikkan yang disangka kecil bagi mengejar satu kebaikkan yang disangka besar. Misalnya solat sunat, biasa kita menangguhkan pelaksanaannya kerna alasan mahu memastikan solat fardhu kita sempurna. Ataupun dalam bersedekah, kita sering menangguhkan bersedekah dengan mengatakan mengatakan kita akan bersedekah jika Allah memberikan kita rezeki yang lebih. Kita lupa, RM0.10 itu juga sedekah."


Baru sebentar tadi aku ditipu oleh Iblis. Aku menangguhkan sedekah RM 2 aku hanya kerana mahu memberi RM10 pada masa hadapan.

Jadi cuba kita memantau segala kenyataan daripada hati kita.

Jika hati kita berkata begini,

"Aku akan melakukan itu, jika hanya Allah memberikan itu ataupun ini"

Jika ada kenyataan itu wujud dalam hati, maka kita sebenarnya sudah ditipu oleh Iblis.

Ditipu bagi menangguhkan sesuatu kebaikkan.


No comments:

Post a Comment