Thursday, May 31, 2012

Anton Yang Malang Sebuah Cerpen


Dia seorang budak yang aktif dan lasak,melihat kepada telatah anton,memang dia tak betah duduk diam seperti budak budak lain.anton anak kepada pasanganak rio dan sandra merupakan anak yang hiperaktif,mereka sukar mengawal anak kecilnya yang berusia 10 tahun itu.rio merupakan kerani di sebuah sekolah berhampiran rumah iaitu sekolah rendah kebangsaan chicha menyabong dan selalu sibuk persatuan persatuan bebas ketika habis kerja waktu pejabat.sandra pula seorang surirumah sepenuh masa tetapi sibuk menjaga anak kembarnya yang baru berusia 3 tahun.anton merupakan anak sulong memerlukan perhatian yang penuh ibubapa,dan dia tidak mendapat perhatian yang sepatutnya kerana ibubapanya sibuk dengan urusan masing  masing.

Kampung

persekitaran yang damai membuatkan sesiapa saja yang mengujungi kampung anton tidak mahu meninggalkan kampungnya.dari permandangan yang mempersona dengan sawah padi yang luas terbentang ke penduduk kampung yang peramah sentiasa kaya budi dan mewah dengan bahasanya. Membuatkan sesiapa saja tertawan dan jatuh cinta pada kampung tok jawa ini. Nama kampung tok jawa di ambil sempena dengan seorang lelaki yang berasal dari jawa,yang membuka kampung ini yang asalnya merupakan hutan belukar tempat jin bertendang mengikut cerita orang kampung,lelaki yang berasal dari jawa yang membuka tanah kampung ini tidak berkahwin dan tidak mempunyai zuriat.maka tiada keturunan dari kalangan orang jawa yang menetap di kampung tok jawa hanya orang tempatan saja yang menjadi penghuni tetap yang menetap di kampung tok jawa. Maka dengan menghormati dan memperingati jasa lelaki tersebut yang membuka tanah nama kampung tempat anton tinggal di namakan kampung tok jawa. 

Sungai

kampung tok jawa mempunyai satu anak sungai yang merupakan tempat mengalirkan air hujan bagi mengelakkan berlaku banjir,jika hujan lebat turun pada musim tengkujuh yang biasa berlaku pada hujung tahun.sungai tersebut juga menjadi tempat permainan anton selepas habis waktu persekolahan.


"Adnan selepas abis kelas kita pergi mengail,okey?" Kata anton kepada kawannya.

Okey,kita mengail di tempat biasa la ya,balas adnan sambil menggaru garu punggungnya,barangkali seluar yang di pakainya dah lama tak berbasuh.

Tepat pukul 1 tengahari,dua sekawan membonceng basikal melencong ke sungai,manakala kawan kawan yang lain membonceng menuju ke rumah.setelah beberapa ketika sampailah mereka ke sebatang sungai berhampiran rumah mereka.

Di kala matahari menegak di atas kepala dan terik cahaya matahari membuatkan kulit sesiapa saja pedih pedih terasa apabila berdiri di kawasan sungai tersebut.dengan semangat yang pada 2 sekawan tersebut terik panas tidak mampu menjadi penghalang keinginan mereka untuk memancing.

"Jom pergi ambil kail kita kat bawah daun kelapa di belakang pokok sana,"ajak anton kepada Adnan selepas mereka meletakkan basikal di bawah pohon jambu batu yang rendang dan menjadi tempat lepak lepak selepas penat bermain bola sambil memakan jambu tersebut jika musim buahnya.

Kemudian mereka berdua mencari umpan belalang di kawasan tersebut.setelah berpuas hati dengan umpan yang di tangkap mereka pun menuju ke sungai.tetiba sedang asyik mereka menunggu umpan belalangnya mengena,tetiba joran anton yang diperbuat dari pelepah daun nibong dan berpelampungkan cebisan selipar jepun berwarna merah tarik ikan,tenggelam timbul cebisan selipar jepun itu apabila ikan menarik narik umpan belalang ke dasar sungai untuk memakannya,dengan sepantas kilat anton menarik joran itu.
Adnan,kail aku dah mengena ikan ni,laung anton melompat lompat gembira kerana berjaya mendapat ikan puyu yang sebesar tapak tangan orang dewasa.

"tengok tengok aku dah seekor ikan puyu,kau ada?"tanya anton kepada adnan dengan nada bangga sambil memegang ikan puyunya. "semalam kan kan adnan,aku tengok dalam tv,orang keluarkan ikan dari mata kail dengan mulut,terbaiklah,"kata anton kepada adnan.

"cuba kau masukkan ikan puyu dalam mulut kau ."seloroh adnan kepada anton.
Tidak semena-mena anton memasukkan ikan puyu ke dalam mulut,selorohan dari adnan disangkanya cabaran,adnan terkejut melihat anton memasukkan ikan puyu ke dalam mulut dan melihat anton terkial-kial dengan mulut ternganga dengan mulutnya tersumbat dengan ikan puyu.anton kelihatan cemas apabila ikan puyu yang di masukkan ke dalam mulut itu tidak dapat di keluarkan,anton terus berlari ke tempat basikal dan mengayuh basikal laju menuju ke rumah dan adnan mengayuh basikal membuntuti anton.setelah sampai ke rumah anton terus meluru luru masuk ke dapur rumah mencari sandra iaitu emaknya untuk membuang ikan puyu yang terlekat di dalam mulutnya.

"apa yang terjadi ni,sampai ikan puyu boleh masuk dalam mulut!"marah sandra pada anton,sambil tangannya di masukkan ke dalam mulut anton untuk mengeluarkan ikan puyu,tetapi tidak dapat mengeluarkan ikan tersebut kerana sisik ikan puyu terlekat pada lelangit menyebabkan mulutnya berdarah,lagi menakutkan adalah apabila sandra mencapai ekor ikan puyu itu semakin dalam ikan tersebut masuk ke dalam tekak anton.anton menangis kesakitan ketika emaknya cuba membuang ikan puyu itu.

"baik kita pergi hospital,mak tak dapat keluarkan ikan dalam mulut kamu"kata sandra kepada anton berpura-pura tenang padahal jauh di lubuk hatinya bimbang dengan keadaan anton,dia bimbang kalau tunjukkan reaksi cemas akan membuatkan anton lagi takut dan bimbang dengan keadaannya yang agak kritikal sekarang.

Mereka terus ke hospital untuk membuang ikan puyu yang terlekat di dalam mulut anton.sesampainya mereka ke hospital,anton terus di kejarkan ke wad kecemasan.

"Siapa mak kepada anton anak lelaki rio." tanya doktor yang baru keluar dari bilik wad kecemasan.

"Ya,saya doktor ."jawab sandra pada doktor.

"kami tidak dapat mengeluarkan ikan puyu dalam mulut anak puan,jadi..kami terpaksa membuat pembedahan pada tekak anton untuk membuang ikan puyu itu."terang doktor yang berkaca mata itu pada sandra dengan teliti meminta kebenaran dari sandra untuk membedah tekak anton

"kalau itu yang terbaik untuk menyelamatkan anak saya,saya bersetuju.."jawab sandra dengan nada sedih dan sayu mengenangkan nasib malang tak berbau anaknya.

Setelah 5 jam berada dalam dewan bedah akhirnya ikan puyu yang berada di dalam mulut anton selamat di keluarkan oleh doktor pakar yang berkaca mata tersebut.sandra sangat gembira dan besyukur kerana anaknya selamat dalam pembedahan yang memakan masa yang lama itu,hanya tuhan saja yang tahu perasaannya ketika menunggu di luar wad kecemasan itu.

Kesan dari ubat bius yang digunakan untuk pembedahan menyebabkan anton tertidur selama sehari,dalam lenanya anton bermimpi berada di tepi sungai,duduk bermenung melihat air sungai mengalir,tiba tiba anton terasa bahu kanannya di sentuh dan berpaling melihat lelaki berambut kental menyentuh kemudian duduk di sebelahnya.sambil sambil menguraikan rambut sebelum memulakan bicaranya.

"dalam hidup ini kita perlu tahu apakah itu gurau senda dan kata kata serius,kadang kadang kita juga jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kita lihat,kadang bertafakur sesaat sebelum bertindak boleh menyelamatkan nyawa kita."nasihat lelaki berambut kental kepada anton panjang lebar.sedang asyik mendengar dan anton kemudian mahu memulakan bicara dengan sekelip mata lelaki berambut kental ghaib entah ke mana dan anton pun tersedar dari tidur,dia menyesal kerana mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya,yang perbuatannya itu menyebabkan nyawanya berada di hujung tanduk.