Tuesday, September 3, 2013

Kenaikan harga minyak kerana pelarasan subsidi?

Kenaikan harga minyak kerana pelarasan subsidi?
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Izinkan saya membuat analogi mudah

Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran. Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka.

Tahun ini disebabkan harga rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal lagi atuk ini telah memasang strategi. Kebun rambutan itu dipagar. Di pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan.

Sampai saja anak-anak cucu di kampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu pagar kebunnya.

“Wahai anak-anak dan cucu kesayanganku, selepas petik rambutan itu, sebelum kamu semua makan, pastikan rambutan itu ditimbang dan dibayar harganya mengikut tanda harga di pintu pagar ini. Terkejut beruklah semua anak cucu dengan karenah baru atuk mereka.

Biasanya atuk amat pemurah dan tak pernah berkira dengan cucu-cucu. Lebih teruk lagi, harga yang dipamerkan pula sama dengan harga rambutan di pasar.

“Alaa atuk, tak kan dengan anak cucu pun nak berkira, mahal pulak tu harga rambutan atuk ni..” Rayu seorang cucunya.

“Mahal kamu kata! Cuba kamu pergi check harga rambutan di Singapura dan di Jepun, tengok berapa harganya!” Tegas saja nada suara atuk.

“Betul lah di Singapura dan Jepun harga rambutan mahal, mereka mana ada pokok…” Seorang anak lelaki atuk mencelah.

“Harga rambutan atuk ini, mengikut harga semasa pasaran, bukannya atuk pandai-pandai buat naik harga sendiri. Sebelum ni sudah banyak atuk tanggung subsidi dengan bagi rambutan percuma pada kamu semua. Dari mana duit atuk nak dapat untuk beli baja, nak beli racun rumput, nak buat pagar, nak upah orang petik dan bla… bla.. bla…” Atuk terus membebel.

“Betul dah tu atuk, memang rambutan dah naik harga. Tapi atuk juallah kepada orang luar mengikut harga pasaran, dengan kami anak cucu tak kan lah atuk nak berkira. Tak kan sampai atuk nak suruh kami bandingkan harga rambutan atuk dengan harga rambutan di Singapura… Lagipun kebun rambutan ini memang hak atuk. Atuk pun tak perlu tanggung bayar subsidi harga kepada sesiapa. Pelik juga kalau kebun ini milik atuk, tapi tiba-tiba Atuk kata, atuk kena tanggung subsidi, isshh!! Kepada siapa pula subsidi ni dibayar?” Jawab seorang lagi cucu atuk yang kebetulan belajar ekonomi di sebuah universiti tempatan secara panjang lebar.

“Walau apa-pun kamu cakap, atuk tetap bertegas. Harga tetap tak diturunkan. Kamu semua sepatutnya bersyukur. Masih boleh balik kerumah atuk dengan aman, kampung kita pun masih aman. Makan pakai semua cukup. Kerja makan gaji . Semua pakai kereta besar. Tandanya kamu semua mampu. Tak kan lah nak bayar harga rambutan sikit pun sudah bising!” Atuk membuat keputusan muktamad.

Kerana 20 sen itu..

Kerana 20 sen itu....
Ada nelayan bakal termenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh..
Dari 20 sen itu..
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana NEGARA MASIH AMAN!
Akibat 20 sen itu...
harga Barangan akan melambung,
Para pembeli bagai berkabung,
Para peniaga jenuh menghitung..
Disana ada macai..
Kata cai,
20 Sen saja, kira cincai..
Cai mungkin lupa,
Yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua.
Kerana 20 sen "saja",
Semua akan tepuk kepala..
kerana 20 sen "saja",
Sang marhain menyesal dengan pilihan raya..
Kerana kerana 20 sen "saja",
Sang bupala berasa selesa..
20 sen tiada  apa maknanya..
kerana melayu mudah lupa..

Tips Bisnes 5

Dari ABS

Berapa lama kita boleh jadi kuli?.....

Apabila kita membuka bisnes, sangat natural kita melakukan semua kerja sendiri. Kitalah towkay, kitalah kuli.

.

Sudah berapa lama kita menjalankan bisnes kita sekarang? 2 tahun? 3 tahun?

Apakah kita masih melakukan kerja-kerja angkat-mengangkat dan angkut-mengangkut di syarikat milik kita sendiri?

Mentor Cina saya memberitahu jikalau selepas 6 bulan kita membuka bisnes, dan kita masih berkuli dalam syarikat sendiri, itu adalah tanda-tanda kita tidak mempunyai bakat tinggi dalam pengurusan organisasi bisnes.

Tips Bisnes 4

Dari ABS

Bisnes menjual harapan....

Bisnes menjual harapan bukanlah bisnes yang pelik, yang jarang berlaku, yang kita tidak terpedaya.

Banyak syarikat mengeluarkan produk. Mereka menggunakan harapan sebagai alat bagi menjual produk itu.

.

Harapan adalah 'benda' yang sangat mudah dijual. Ia sangat laku.

Pakar-pakar ethics di Barat sekalipun mengkritik perbuatan pengiklan yang mengeksploitasi kelemahan manusia demi membuat keuntungan.

.

Pada peringkat antarabangsa, syarikat-syarikat gergasi pengeluar produk kecantikan memang secara terang-terangan menggunakan harapan sebagai alat menjual produk mereka.

Sekali pandang mereka menjual bedak dan gincu. Namun copy iklan dan foto-foto yang digunakan dalam iklan mereka sebenarnya adalah menjual harapan.

Mesej di sebalik copy iklan mereka adalah:

"Beli gincu ini. Gunakan gincu ini. Kamu akan cantik. Lelaki akan terpikat kepada kamu. Kamu akan bahagia."

.

Perempuan memang mengharapkan lelaki. Perempuan mengharapkan bahagia. Perempuan mengharapkan dirinya cantik.

Banyak perempuan berasa dirinya tidak cantik. Banyak perempuan belum mempunyai pasangan hidup. Banyak perempuan belum bahagia.

Kelemahan-kelemahan seperti itulah yang dieksploitasi oleh penjual-penjual produk.

Tips Bisnes 3

Dari ABS

Apa itu 'merchandising'....

Kata akarnya adalah 'merchant' -- pedagang. Merchandising adalah kerja memilih-milih barang-barang yang akan didagangkan.

Kerja merchandising sangat kritikal dalam bisnes trading. Apabila kita tersalah memilih barangan, akibatnya barang berkualiti tinggi sekalipun tidak laku.

.

Apabila kita hendak memilih barangan yang akan dijual kepada lelaki-lelaki berambut panjang. Apakah barangan yang diramalkan akan laku?

+ Guntung rambut?
+ Sikat rambut?
+ Syampu rambut?
+ Skaf rambut?
+ Getah rambut?

.

Seandainya kita mahu membuka gerai di tapak karnival sukan dan hiburan:

+ Barang apakah yang laku dijual kepada pemuda-pemuda?

+ Barang apakah yang laku dijual kepada pemuda-pemudi?

Tips Bisnes 2

Dari ABS

Menyelesaikan masalah teknikal....

Contoh masalah teknikal:

+ Staff tersalah mengambil ukuran badan, lalu potongan baju tersingkat dan pelanggan marah.

+ Staff tersalah mengeja nama pengantin yang dicetak pada kad undangan, lalu pelanggan marah.

+ Staff terlupa menutup suis aircond sebelum pulang, lalu aircond terpasang sepanjang malam.

.

Banyak masalah yang berlaku di tempat kerja adalah masalah teknikal. Apabila masalah itu tidak ditangani dengan betul, ia mencipta masalah manusia pula.

Hilang isu masalah teknikal yang asal, timbul pula macam-macam masalah baru yang lebih serius.

+ Staff berkecil hati
+ Sesama staff tuduh menuduh
+ Semangat kerja jatuh
+ Staff merajuk
+ Produktiviti kerja jatuh
+ Staff mula mencari kerja di tempat lain
+ Kehilangan staff berbakat

Tips Bisnes

Dari ABS

Bagaimana bisnes naik mendadak....

Ada orang bisnes yang mengalami bisnesnya berkembang merangkak-rangkak. 

Ada orang bisnes yang mengalami bisnesnya mula-mula merangkak-rangkak, kemudian tiba-tiba bisnesnya berkembang dengan mendadak.

.

Cerita tepung dengan ragi....

Ada 2 orang bisnes yang sama-sama senasib. Masing-masing bisnesnya berkembang dengan terkial-kial dan merangkak-rangkak.

Pada suatu masa, entah bagaimana, mereka terjumpa dan berkenalan.

Perkenalan itu macam tepung berjumpa ragi, menghasilkan apam yang tiba-tiba naik menggebu-gebu.

Dalam masa yang singkat, pada pertemuan pertama kali itu, masing-masing mendapat idea mahu bekerjasama menjalankan bisnes-bisnes baru.

.

Ini catatan 'Puan Tepung' secara tak dirancang telah terjumpa 'Tuan Ragi' di pejabat ABS pagi tadi.....

Puan Noraini A Rahman menulis:

"Salam puan yang dirahmati Allah....saya baru kembali dari office ABS tadi bertemu muka bersama Puan Noraminah Omar merangka Tadika ABS....berbincang bersama Tuan Azizul.. tanpa disangka lain dirancang, rezeki lain diterima....

Saya dianugerahkan bertemu "khadijah" pula jadinya..... sayangnya saya dengan family ABS ni..... jalan dari Allah... syukur2.... terima kasih puan.... SAYA SUKA!!

3 rezeki hari ini... dapat menjadikan tadika saya Tadika ABS... dapat rakan kongsi bersama Tuan Azizul.... dapat "khadijah" pula.....

Perjalanan pulang saya di dalam kereta... seperti rasanya bagai menaiki helikopter.... wow... rasa di awang-awangan....."

.

Moral of the story.... Keluarlah dari bilik kerja kita, pergilah ke tempat orang, berjumpalah orang-orang yang tidak kita kenali....