Saturday, October 25, 2014

Entrepreneur lawan Businessman

Dari ABS: Entrepreneur lawan Businessman
Entrepreneur = usahawan
Businesman = peniaga
.
Businessman bekerja sebab dia mahukan duit. Jadi, dia fikir duit, duit, duit.
Businessman sangat berkira tentang berapa duit dia boleh dapat. Dia mahu tengok duit.
Isu margin menjadi isu besar kepada businessman.
.
Entrepreneur lain. Mereka tidak fokus kepada duit.
Bagi entrepreneur duit adalah 'outcome' kerja yang betul, yakni hasil sesuatu kerja.
Jadi, entrepreneur fokus kepada kerja-kerja yang 'betul'. Nanti duit datang sendiri.
.
Bagi entrepreneur:
+ Memilih rakan-kongsi adalah kerja yang betul.
+ Menaikkan semua rakan-kongsi ke atas bas adalah kerja yang betul.
+ Menyerahkan modal, tugas dan kuasa kepada rakan-rakan kongsi adalah kerja yang betul.
.
Sementara businessman sibuk membuat duit, entrepreneur sibuk membangunkan syarikat.

Pelaburan Silap

Dari ABS: Pelaburan Silap
Bisnes yang kita buka mungkin suatu pelaburan silap. Selepas beberapa lama, bisnes kita masih tidak dapat take-off!
Pelbagai usaha sudah diambil, namun masih tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
.
Memang ada apa yang disebut 'bad investment'. Kita melabur dengan melakukan banyak kesilapan:
+ Pasaran produk itu mungkin tersangat kecil.
+ Pakejing kita mungkin memberi gambaran yang salah tentang positioning-nya.
+ Pricing kita mungkin salah, dan banyak kemungkinan lain yang menghasilkan produk yang gagal dipasarkan.
.
Anggaplah kita sudah melakukan pelaburan yang silap.
Mulakan usaha baru. Fokus pada usaha baru. Buat duit dalam usaha baru itu.

Tuesday, October 21, 2014

i want touch a dog

isu yang menjadi viral sekarang ini didalam media sosial dan media elektronik sekarang ini berkaitan dengan isu program i want touch a dog yang telah diadakan di selangor baru-baru ini menjadi kontroversi kerana telah melanggar hukum yang ditetapkan oleh mazhab shafiie tyang melarang menyentuh anjing,walau bagaimanapun mengikut mazhab lain tak mengapa menyentuh anjing asalkan tidak terkena air liur dan najis anjing tersebut,tetapi isu disini program ini boleh mengelirukan umat islam di malaysia yang kurang ilmu agama.Pada pendapat saya la kan program ini tidak boleh diadakan di malaysia kerana rakyat malaysia berpegang kepada prinsip yang dibawa oleh mazhab shafie iaitu tidak boleh menyentuh anjing sewenang-wenangnya kecuali bersebab adalah dibenarkan seperti anjing tersepit dalam longkang,anjing dilanggar dan sebagainya.

Program i wan touch a dog ini telah mencabar pegangan umat islam di malaysia.isu ni telah lama dibincangkan oleh ulamak-ulamak terdahulu kembali semula untuk mengelirukan umat zaman ini yang agak jahil membahaskan isu yang sama.

Meggi Tiram

hari ini saya makan meggi tiram rasanya sangat la sedap pabila dimakan panas-panas.isi tiram yang lembut dan air tiramnya yang segar membangkitkan selera makan,tapi la kan meggi ketam lagi sedap daripada meggi tiram.

sekian,

Monday, October 20, 2014

PTPTN

hari ni nak pergi kat ofis ptptn nak tanya berapa kena bayar,berhutang sampai 5 tahun aiyaa berapa puluh maa gua perlu bayar..semoga kaya dan mampu bayar ptptn.

Saturday, October 18, 2014

Crystal Palace Vs Chelsea


Chelsea telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada tahun ini dengan menggungguli carta liga perdana inggeris dengan jurang 5 mata daripada pasukan yang di tangga kedua manchester city.

Kejayaan ini tanpa kelibat penyerang berbisa mereka iaitu diego costa yang mengalami kecederaan ketika bersama pasukan Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Euro.

Kejayaan ini juga dibayar dengan harga yang mahal apabila mereka kehilangan pemain pertahanan kental Azpilicueta melakukan terjahan keras terhadap pemain crystal Palace.

Oscar telah menjaringkan goal pembukaan di hadapan 24451 ribu penyokong crsytal palace yang membanjiri stadium pada malam tersebut melalui sepakan percuma yang cantik menewaskan penjaga gol lawan pada awal permainan.

selepas jaringan Oscar corak permainan chelsea menjadi tidak rancak dan para pemain dengan berhati-hati walaupun mereka dikatakan menguasai permainan pada separuh masa pertama perlawanan.

Pada babak kedua perlawanan Chelsea terus menyerang pihak lawan dengan bertubi-tubi sehingga pada minit ke-50 cesc fabregas telah menjaringkan gol yang keduanya pada musim pertamanya bersama chelsea tahun ini.

Ketika perlawanan hampir tamat crystal palace mendapat gol saguhati hasil jaringan pemain penyerang Frazier Campbell namun segalanya telah terlambat untuk mereka membuat comeback untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.


Friday, October 17, 2014

Da'i Sejuta Ummah

semalam menonton program da'i sejuta ummah di tv3,pertandingan akhir antara 3 orang peserta yang bakal menjadi ikon da'i sejuta ummah.ulasan saya mengenai peserta ialah yang pertama da'i izhar seorang anak muda yang berani beraksi di pentas sungguh berkarismatik di atas pentas tapi sayang beliau kekurangan ilmu pengetahuan dalam mengolahkan soalan yang diberikan secara spontan oleh juri-juri jemputan.Gaya dan keberanian sudah ada cuma kemiskinan ilmu perlu mempertambahkan ilmu lagi.Da'i seterusya seorang lepasan tahfiz iaitu da'i ammar,pada peringkat awal beliau seorang berkarisma dan tenang menjawab solan yang diberikan oleh juri jemputan cumanya apabila masuk kepada pusingan akhir dan soalan yang diberikan berkaitan dengan rasuah,beliau tetiba "hilang" keyakinan untuk menjawab sehingga jawapan yang diberikan terus "merepek"tandus dengan nas-nas al-quran dan juga memberikan hadis-hadis yang salah.Untuk daei juara iaitu da'i Farhan seorang anak muda kelahiran kelantan ini mempunyai ketenangan dan petah berkata-kata dan kaya dengan ilmu pengetahuan.Saya memperhatikan cara beliau menjawab soalan sangat hebat beliau memulakan pengucapan dengan baik dan dalam masa 3 minit yang diberikan untuk mengulas isu-isu yang diberikan dengan sempurna iaitu beliau menggunakan masa 1 minit untuk mengulas satu potongan ayat al-quran berkaitan isu yang diberika,seterusnya satu minit lagi beliau tambah dengan menggunakan hadis nabi dan setreusnya satu minit lagi beliau iringi dengan sebuah doa dalam mengakhiri pidatonya.Memang hebat dan terbaik cara beliau menyampaikan ceramahnya tersebut.Sememangnya beliau layak bergelar juara da'i sejuta ummah.Saya berharap da'i farhan mampu pergi jauh sebagai pendakwah bebas yang disegani ramai suatu hari nanti dan saya berharap juga tv3 dan tv9 memberi runag yang luas untuk beliau berkembang dengan memberi satu program untuk beliau.

Wabak Denggi

setelah 2 bulan bertungkus lumus dengan wabak denggi yang melanda di daerah tumpat akhirnya selesai juga masalah wabak denggi di sini.Boleh la saya bekerja seperti hari-hari biasa tenang dan penuh kedamaian tanpa perlu bekerja siang malam dan 30 hari sebulan.Walaupun begitu ada hikmah disebalik wabak denggi yang berlaku itu kerana saya dapat belajar banyak perkara antaranya dapat belajar bagaimana cara untuk melakukan siasatan kes denggi,dapat mengenali kampung-kampung di daerah tumpat ini dan juga dapat mendapat pendapatan bulanan saya.Dapat la merasa pegang duit yang banyak sekali sekala. :)

Saturday, October 11, 2014

Laga

baru lepas tengok filem laga jalan cerita mengisahkan sebuah kampung yang tersohor dengan judi berlaga ayam.Anak-anak muda dan orang tua bersatu di gelenggan laga ayam,beradu maruah dengan bertaruhkan ayam dan harta benda.cerita ini mengisahkan bagai seorang jaguh laga ayam terpaksa mempertaruhkan isterinya demi maruah dan gellarannya hassan laga.cerita ini juga menghuraikan hasad dengki seorang jaguh kepada anak muda yang berbakat bermain laga ayam yang akan menggugat namanya pada satu masa nanti.bagaimana seorang jaguh laga ayam pun begitu jaguh juga dalam melagakan manusia sehingga sanggup melagakan anak-anak buahnya demi menjaga maruahnya sebagainya jaguh laga ayam.moral cerita ini ialah jangan berkawan dengan orang yang jahat,suka berjudi nanti kita mencari bala untuk diri sendiri dan keluarga.Dan satu lagi hati-hati dalam segala tindakan jangan mudah percaya pada orang walaupun orang itu seusia ayah kita atau lebih tua daripada kita.Hasad dengki dan dendam kesumat tidak mengenal usia.

Friday, October 10, 2014

Bajet 2015

hari ini bajet 2015 banyak yang dibentangkan oleh perdana menteri,jumlah keseluruhan
bajet sebanyak 273.4 billion ringgit peningkatan sebanyak 9 billion dari bajet untuk tahun sebelumnya.
antara intipati bajet tahun ini berkisar kepada projek rumah untuk rakyat marhaen dan tahun bajet
tahun ini ialah ekonomi keperluan rakyat.Tempoh pinjaman untuk perumahan dilanjutkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun sekaligus mengurangkan beban rakyat untuk membayar ansuran untuk bulanan,manakala kerajaan juga telah melakukan inisiatif dengan memberi pengurangan sebanyak 200 ringgit
kepada peminjam selama 2 tahun.penambahbaikan sebanyak 200 skim kerajaan dilakukan dan pemberian br1m terus dilakukan untuk membantu golongan miskin secara tunai dan pembayaran br1m dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun.Saya tidak bersetuju dengan langkah kerajaan dengan pemberian br1m ini kerana pemberian ini tidak membantu rakyat secara total dalam menangani kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen,pada hemah saya kerajaan harus mencari jalan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menambahkan lagi subsidi kepada keperluan asas rakyat sebagai contoh memastikan harga beras,minyak,ayam dan sebagainya setiap tahun semakiin murah dengan ini menjadikan kuasa beli rakyat semakin tinggi.

Saturday, October 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

noted the day.

Sepanjang Usia



Sepanjang usia
Mengharungi hidup
Tak mahu berpisah
Menahan duka dan sedih bersendiri
Bertemankan janji manis

Sepanjang usia
Memberikan hatiku seutuhnya
Hanya kepada mu

Bagai mimpi kau ku temu
Kau menjelma bak cahaya
Suluh ku sebak dalam dada
Bersama kita mencipta bahagia

Di sebalik selendang tersimpul kasihmu

Sebelah Hati



Kan ku tulis sejuta puisi
Melayari malam yang penuh mimpi
Pasti menari-nari jantung ku
Akan ku ajarkan kamu bahasa perasaan

Haruskah ku relakan hidup
Dengan sumpah seranah dari kamu
Tiada ruang untuk aku melirik bahasa

Demi itu ku sucikan hatiku
Harapan untuk melahirkan cinta dan cita
Agar hati membimbing kita
Takkan lari gunung yang di kejar
Selesaikan semua sementara masih muda

Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita

Wednesday, October 1, 2014

Hari bersejarah

hari ni hari bersejarah sebab pertama,saya post entry terbaru blog dan sebab kedua
hari ini harga minyak naik 20 sen.habis gege gelegok dunio maya sebab hargo minyak
sekian....