Friday, October 10, 2014

Bajet 2015

hari ini bajet 2015 banyak yang dibentangkan oleh perdana menteri,jumlah keseluruhan
bajet sebanyak 273.4 billion ringgit peningkatan sebanyak 9 billion dari bajet untuk tahun sebelumnya.
antara intipati bajet tahun ini berkisar kepada projek rumah untuk rakyat marhaen dan tahun bajet
tahun ini ialah ekonomi keperluan rakyat.Tempoh pinjaman untuk perumahan dilanjutkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun sekaligus mengurangkan beban rakyat untuk membayar ansuran untuk bulanan,manakala kerajaan juga telah melakukan inisiatif dengan memberi pengurangan sebanyak 200 ringgit
kepada peminjam selama 2 tahun.penambahbaikan sebanyak 200 skim kerajaan dilakukan dan pemberian br1m terus dilakukan untuk membantu golongan miskin secara tunai dan pembayaran br1m dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun.Saya tidak bersetuju dengan langkah kerajaan dengan pemberian br1m ini kerana pemberian ini tidak membantu rakyat secara total dalam menangani kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen,pada hemah saya kerajaan harus mencari jalan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menambahkan lagi subsidi kepada keperluan asas rakyat sebagai contoh memastikan harga beras,minyak,ayam dan sebagainya setiap tahun semakiin murah dengan ini menjadikan kuasa beli rakyat semakin tinggi.

No comments:

Post a Comment