Friday, October 17, 2014

Da'i Sejuta Ummah

semalam menonton program da'i sejuta ummah di tv3,pertandingan akhir antara 3 orang peserta yang bakal menjadi ikon da'i sejuta ummah.ulasan saya mengenai peserta ialah yang pertama da'i izhar seorang anak muda yang berani beraksi di pentas sungguh berkarismatik di atas pentas tapi sayang beliau kekurangan ilmu pengetahuan dalam mengolahkan soalan yang diberikan secara spontan oleh juri-juri jemputan.Gaya dan keberanian sudah ada cuma kemiskinan ilmu perlu mempertambahkan ilmu lagi.Da'i seterusya seorang lepasan tahfiz iaitu da'i ammar,pada peringkat awal beliau seorang berkarisma dan tenang menjawab solan yang diberikan oleh juri jemputan cumanya apabila masuk kepada pusingan akhir dan soalan yang diberikan berkaitan dengan rasuah,beliau tetiba "hilang" keyakinan untuk menjawab sehingga jawapan yang diberikan terus "merepek"tandus dengan nas-nas al-quran dan juga memberikan hadis-hadis yang salah.Untuk daei juara iaitu da'i Farhan seorang anak muda kelahiran kelantan ini mempunyai ketenangan dan petah berkata-kata dan kaya dengan ilmu pengetahuan.Saya memperhatikan cara beliau menjawab soalan sangat hebat beliau memulakan pengucapan dengan baik dan dalam masa 3 minit yang diberikan untuk mengulas isu-isu yang diberikan dengan sempurna iaitu beliau menggunakan masa 1 minit untuk mengulas satu potongan ayat al-quran berkaitan isu yang diberika,seterusnya satu minit lagi beliau tambah dengan menggunakan hadis nabi dan setreusnya satu minit lagi beliau iringi dengan sebuah doa dalam mengakhiri pidatonya.Memang hebat dan terbaik cara beliau menyampaikan ceramahnya tersebut.Sememangnya beliau layak bergelar juara da'i sejuta ummah.Saya berharap da'i farhan mampu pergi jauh sebagai pendakwah bebas yang disegani ramai suatu hari nanti dan saya berharap juga tv3 dan tv9 memberi runag yang luas untuk beliau berkembang dengan memberi satu program untuk beliau.

No comments:

Post a Comment