Saturday, October 25, 2014

Entrepreneur lawan Businessman

Dari ABS: Entrepreneur lawan Businessman
Entrepreneur = usahawan
Businesman = peniaga
.
Businessman bekerja sebab dia mahukan duit. Jadi, dia fikir duit, duit, duit.
Businessman sangat berkira tentang berapa duit dia boleh dapat. Dia mahu tengok duit.
Isu margin menjadi isu besar kepada businessman.
.
Entrepreneur lain. Mereka tidak fokus kepada duit.
Bagi entrepreneur duit adalah 'outcome' kerja yang betul, yakni hasil sesuatu kerja.
Jadi, entrepreneur fokus kepada kerja-kerja yang 'betul'. Nanti duit datang sendiri.
.
Bagi entrepreneur:
+ Memilih rakan-kongsi adalah kerja yang betul.
+ Menaikkan semua rakan-kongsi ke atas bas adalah kerja yang betul.
+ Menyerahkan modal, tugas dan kuasa kepada rakan-rakan kongsi adalah kerja yang betul.
.
Sementara businessman sibuk membuat duit, entrepreneur sibuk membangunkan syarikat.

No comments:

Post a Comment