Tuesday, August 6, 2013

Soraya

Walaupun berada diatas kapal laut yang di kategorikan sebagai kapal laut sederhana mewah sudah cukup membuatkan aku rasa berada di sebuah kapal mewah gergasi ini.Bagi aku ini pengalaman pertama dapat memijak kapal laut semewah ini.Bagai mimpi terasa terima kasih kepada pihak syarikat memberi bonus kepada untuk melancong bersama Soraya membelah laut biru dan menongkah badai bersama Soraya.

Soraya bukannya nama seorang gadis tetapi nama bagi kapal laut yang aku naiki ini.Rekabentuk kapal laut ini mempesonakan mata aku,dengan panjang 47 meter Soraya dapat memuatkan 10 penumpang di dalam 5 kabin dan juga mempunyai 9 orang anak kapal.

Aku suka berlegar-legar di haluan hadapan kapal untuk melihat pemandangan laut yang indah,sesekali aku juga mendepakan tangan seakan-akan meniru aksi leornado di carpio didalam titanic cumanya aku hanya mendepakan tangan seorang saja.

Haluan kapal laut ini agak luas dan juga merupakan sebagai tempat untuk mendaratkan helikopter.Sebagai langkah keselamatan jika ada kesulitan boleh meminta bantuan jika berlaku apa-apa kemalangan.

Soraya mampu bergerak sepantas 17 knots dan mempunyai jarak perjalanan sebanyak 4500 nautika.Ciri-ciri Soraya sesuai untuk golongan mewah memilikinya dengan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan.Ruang Kabinnya mewah di lengkapi perabot-perabot yang berkualiti tinggi dan juga reka bentuk kabinnya seakan-akan sebuah kondominium.

Di waktu malam aku suka bersantai-santai di atas sofa di bahagian atas kapal yang tidak berbumbung untuk melihat keindahan panorama bintang di angkasa.

Pada sebelah siangnya kau selalu menaiki jet ski sekadar untuk beriadah di petang hari dan berjemur di kawasan belakang kapal soraya.

Sememangnya berlayar dengan kapal Soraya memberi seribu satu kepuasan kepada aku dan inilah percutian yang paling terbaik terasa seperti seorang jutawan apabila berada di atas Soraya.


Dewan Niaga 9

Dari ABS

Tuan Anuar Rich Richer menulis:

"Saya akui terlalu banyak kesilapan telah saya lakukan hanya kerana tidak buat perancangan rapi dan buat case study berkenaan bisnes restoran ataupun kedai makan ini.

Bisnes makanan seperti ini paling cepat kita dapat memperolehi keuntungan, dan paling cepat melingkupkan jika tiada ilmu.

Sebelum membuka kedai burger bakar, saya menjalankan kantin di sebuah universiti awam.

Dengan berbekal pengalaman kantin yang ada, saya cuba aplikasikannya teori kantin ke dalam restoran burger bakar saya.

Hasilnya saya kecundang hanya setelah 3 bulan bertapak.

Dan setelah saya berada di ABS ini baru saya sedar akan ilmu setiap perniagaan itu berlainan walaupun major bisnesnya sama. Ini yang dikatakan sama tapi tidak serupa.

Sekali lagi saya tersenyum lepas sendawa dan berkata alhamdulillah, kebodohan saya masa lalu mengajar saya erti ilmu ditimba sehingga ke liang lahad."

Dewan Niaga 8

Dari ABS

Elaun, dividen dan cukai pendapatan peribadi bisnesman....

Apabila kita mempunyai syarikat sendirian berhad, kita membayar modal saham. Kita juga berkerja sebagai staff dalam syarikat kita itu.

Kita menerima:

1. Gaji sebagai staff.

2. Dividen saham.

Sebagai pemilik saham syarikat, kita menerima keuntungan pada hujung tahun dalam bentuk dividen. Lazimnya dividen itu memang banyak, boleh berpuluh ribu, boleh beratus-ratus ribu.

Apabila kita terima gaji dan dividen dalam bentuk wang tunai, cukai pendapatan kita tinggi.

Bagi mengurangkan cukai, kita boleh kurangkan gaji dan dividen tunai kita itu dengan meminta syarikat menaikkan 'perks' yang layak kita terima.

Contoh perks:

1. Kereta yang dibelikan untuk kegunaan kita.
2. Perbelanjaan membeli minyak yang boleh kita claim.
3. Bill farmasi, klinik dan hospital.
4. Bill langganan akhbar internet, buku dan majalah.
5. Elaun telefon.
6. HP, laptop dll alat kerja.
7. Tiket perjalanan.
8. Percutian.
9. Staff pembantu rumahtangga.
10. Drebar peribadi rasmi.

Ramadan Terakhir Terawih Terakhir 2013

masa terasa cepat berlalu kini sudah hari terakhir berpuasa pada tahun 2013 bersamaan 1433H
sebulan ramadan terasa cepat berlalu
amal ibadat tidak sempat untuk di gandakan
al-quran tidak sempat untuk dihabiskan 30 juz

ada yang culas dalam berpuasa
selamba hisap rokok
tidak langsung menghormati bulan mulia
barangkali hari ini hari last puasa
tak apa rokok bukan makan pun

ada yang culas dalam sembahyang terawih
melambat-lambatkan untuk masuk saff
tunggu imam abis baca al-fatihah
baru mahu angkat takbir
ada juga yang hanya datang surau
semata untuk sembahyang terawih
isyaknya sembahyang dirumah
ada juga yang sembahyang isyak
terus balik ke rumah sekejap
lepas itu berehat-rehat di rumah
imam sudah pada rakaat ke-6 baru beransur-ansur pergi ke surau semula
banyak orang banyak ragam

culas bukan pada kerja sahaja
pada ibadah pun apa kurang
apa lagi kita mahu?
tuhan sudah sediakan bulan yang pahala amalan yang dibuat di gandakan
kita tidak ambil pusing dan endah segalanya

apakah dunia ini syurga bagi mu?
nescaya celakalah kamu

bicara cinta

bicara sepetang bersama cerita cinta fatimah syarha
selama 20 tahun berkapel sekalipun belum tentu mampu mengenal pasangan itu
lebih baik terus kahwin.

kata imam ibnu qayyum
cinta yang hadir bersebab
mencintai anda kerana atas sebab kecantikan
pasangan anda seorang mata keranjang.
mencintai anda kerana harta anda
pasangan anda mungkin satu hari nanti akan jadi kaki kikis



Dewan Niaga 7

Dari ABS

Strategi memasuki pasaran sebagai 'Perintis Bisnes'....

Banyak peniaga Melayu menggunakan strategi menjadi perintis dalam sektor bisnes yang mereka ceburi.

Mereka memperkenalkan produk-produk baru yang sebelumnya tidak ada dalam pasaran.

.

Kes kejayaan strategi perintis:

+ Yang paling berjaya menggunakan strategi ini adalah Tuan Hj. Ramli Mokni, pengasas brand RamlY Burger. Sebelumnya tidak ada orang Melayu menjual burger melalui outlet gerai sorong.

+ Satu lagi nama yang berjaya adalah brand Nona, yang memperkenalkan ketupat dalam sacet plastik bagi menggantikan ketupat daun kelapa.

+ Termasuk dalam kategori ini adalah brand Adabi yang memperkenalkan produk rempah sup yang dibunjut.

.

Resipi kejayaan Ramly, Nona dan Adabi:

1. Produk yang mereka jual bukanlah produk baru. Pasaran memang sudah kenal burger, ketupat dan rempah sup.

2. Mereka hanya memudahkan pasaran menikmati produk-produk itu. Pendekatan bisnes mereka adalah menyelesaikan masalah pengguna.

.

Kegagalan strategi perintis:

Banyak peniaga Melayu memperkenalkan produk-produk yang betul-betul baru, yang pasaran tidak pernah tengok, yang langsung belum ada peminatnya.

Contoh produk-produk perintis yang gagal dalam pasaran.... Ermmm.... (Kita pun tidak ingat!)

Dewan Niaga 6

Dari ABS

Bagaimana ular lidi perlahan-lahan menjadi ular sawa....

Lili Norsharira Jamaludin menulis:

"Peringkat permulaan saya berbisnes dahulu bermodalkan RM5,000.00 sahaja. Orang kata sengkeklah masa itu.

Pada masa itu, saya dan tuan besar saya, Tn. Mohd Latif Masno, memulakan bisnes menual buku-buku agama dan cd/vcd nasyid, bacaan Al-Quran dan ceramah.

Kami tiada mempunyai kedai, hanya menyewa di tapak promosi di dalam kompleks, dan di tapak-tapak pasar pagi dan malam, dua kali seminggu.

Masa itu tahun 1999. Di kompleks, mula-mula kami menyewa secara berkongsi satu booth dengan kawan.

Bulan depannya, kami sewa satu booth pula. Apabila barang-barang niaga semakin banyak setiap kali promosi, kami sewa 2 booth pula.

Pada tahun 2003, kami direzekikan mendapat kedai di tingkat 1 di dalam kompleks tersebut. Tetapi kami masih meneruskan sewa di tapak-tapak promosi.

Barang-barang niaga semakin banyak, sehingga kedai di tingkat 1 tidak dapat menampungnya.

Kami mencari alternatif lain, iaitu mencari kedai yang lebih besar lagi.

Alhamdulillah, pada tahun 2009 kami ditawarkan membeli sebuah syarikat di tingkat bawah ground-floor di kompleks yang sama.

Di kedai baru kami ini, kami mula membesarkan sayap menjadi pembekal buku-buku teks, buku rujukan sekolah, buku akta, buku IPT, stationery dan sebagainya kepada sekolah-sekolah, perpustakaan, badan-badan kerajaan dan seumpamanya.

Dewan Niaga 5

Dari ABS

Banyak yang bertanya bagaimana caranya mengembangkan bisnes....

Ada 2 sisi bisnes yang perlu dilakukan supaya bisnes berkembang:

1. Sisi bisnes itu sendiri

+ Perkenalkan produk-produk baru

Ini wajib dilakukan. Kita tidak dapat membesarkan bisnes yang ada hanya dengan menjual produk yang ada.

Sebagai contoh, jika sekarang kita hanya menjual pes mee bandung, kita musti memperkenalkan pes-pes mee lain.

Berapakah besarkah saiz peminat mee bandung? 1 juta orang? 2 juta orang?

Saiz pasaran pes mee bandung yang ada sekarang tidak cukup bagi membolehkan syarikat kita membesar menjadikan jualan naik berjuta-juta ringgit sebulan.

Pengeluar produk macam Maggi Mee, Coca-Cola dan Colgate pun dari waktu ke waktu sentiasa memperkenalkan produk-produk baru.

.

+ Buka channel-channel baru

Pertambahan jenis produk sahaja tidak boleh menjadi asas pembesaran bisnes. Jika sekarang kita hanya menjual online, kita perlu membuka channel offline.

Serentak dengan pengenalan produk-produk baru adalah pembukaan lebih banyak channel-channel baru.

Jika sekarang jualan hanya melalui channel kedai runcit sekitar Lembah Kelang, lebarkan pengedaran ke luar Lembah Kelang.

.

2. Sisi pengurusan syarikat

+ Lakukan aspek-aspek pengurusan yang selama ini tidak dilakukan

Jika sekarang kita tidak mempunyai jabatan sales, bukalah jabatan sales. Ambil staff yang khusus sebagai salesman.

Begitu juga, jika sekarang kita tidak mempunyai bajet khusus untuk marketing, maka buat peruntukan untuk aktiviti marketing.

Sunday, August 4, 2013

Buah Meletup

selusuri petang bersama bekerja
masa-masa kosong di pejabat terus ke jeti
naik bot berbumbung
bertambang seringgit

sempadan thailand-malaysia
hanya sekaki malaikat
muara sungai jadi pemisah
 bagi yang mahu pergi dengan kereta
feri yang memuatkannya ke sana

pasar takbai sentiasa tidak lekang dengan pengunjung dari malaysia
ulang alik mainan harian warga sempadan
lauk pauk mentah di tak bai murah berbanding malaysia

Yang pasti di bulan hujung ramadan
ramai yang berkunjung ke pasar tak bai
bukan untuk membeli udang yang murah
bukan beras siam yang terkenal itu
bukan pakaian yang murah-murah
tapi yang menjadi tumpuan ialah buah meletup

adat melayu di hari raya
santapan buah meletup wajib di malam raya aidilfitri
tidak pula kegemaran di hari raya aidiladha

Saturday, August 3, 2013

Dewan Niaga 4

Dari kelas ABS

Tentang mazhab Lean Startup

Ahli ABS Tuan Zashidi Wahab adalah pemilik syarikat guaman dengan pengkhususan bidang kontrak jual-beli.

"Bercerita tentang lean start up.... Saya rasa saya telah mengamalkannya di usia yang muda (26 tahun).

Perniagaan pertama saya ialah memproses dan menjual tempe. Sekitar tahun 1997-1998 zaman kemelesetan ekonomi. Saya terkena tempiasnya.

Kawan saya pembuat tempe di Kulim, Kedah. Dia telah mengajak saya belajar buat tempe. Saya ikut beliau selama hampir dua minggu, makan minum beliau tanggung. Balik dari kursus dengan semangatnya saya mulakan perusahaan tempe.

Duit simpanan saya ada dalam RM1800. Saya mulakan dengan menyewa rumah di Kampung Jawa, Ulu langat, berseorangan. Sewa rumah RM100.

Saya ada sebuah motor hadiah dari ayah sempena saya graduate.

Permulaannya sayalah yang proses tempe menggunakan tangan, dan sayalah yang menghantarnya ke pasar.

Permulaan saya buat sekilo, dan saya tunjukkan kepada orang Kampung Jawa. Mereka suka.

Apabila permintaan sudah sampai satu guni kacang, saya tak boleh pakai tangan lagi, saya gunakan duit simpanan untuk beli mesin.

Apabila permintaan bertambah lagi, saya sudah tidak boleh proses sendiri, lalu saya cari orang dan ajar dia cara proses buat tempe.

Apabila tempe sudah mencecah tiga guni, saya sudah tidak mampu untuk 'deliver' semua, saya cari pembantu delivery.

Apabila perniagaan tempe sudah boleh bergerak sendiri saya ingin kembali ke bidang guaman saya semula.

Saya membuka firma guaman, ini pun saya buat cara lean start up juga.

Tahun 1999, saya sewa bilik di dalam pejabat kawan saya yang sudah ada kerusi dan meja (air cond tidak ada).

Saya gunakan duit simpanan beli computer dan printer. Pada masa itu sayalah pemilik firma dan sayalah budak pejabatnya.

Enam bulan kemudian, kawan saya pindah ke pejabat baru, maka tiada bilik lagi untuk saya melainkan bilik 'pantry room'. Maka pantry room itulah menjadi bilik saya.

Dalam tempoh setahun, saya ada kemampuan menyewa pejabat sendiri. Saya sewa pejabat pada kadar RM600 (pejabat size 700 kp, 3 bilik).

Di situlah saya melalui susah senangnya menjual diri saya. Sehinggalah ada satu induvidu yang namanya besar dalam pasaran menawarkan saya sebagai rakan kongsinya. Tawaran tersebut saya terima.

Dalam tempoh 7 tahun saya lalui hidup yang penuh 'prosper'. Saya beli rumah, beli tanah, melabur dalam unit apartment, condo untuk disewakan, beli kereta, saya tunaikan haji dan umrah, biayai orang tua saya, bantu adik adik belajar dan support mereka untuk memulakan perniagaan.

Hal-hal ini berlaku hasil dari strategi lean start up, yang mana jika saya tidak mulakan dulu, pasti saya tidak merasa."

Dewan Niaga 3

Dari kelas ABS

Tentang duit pencen dan kejayaan bisnes....

Ahli ABS, Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman (foto) adalah Dekan di International Business Scool UTM. 

Beliau menulis:

"Pihak kami pernah menjalankan kajian untuk Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) beberapa tahun lepas tentang pesara-pesara yang menjalankan perniagaan selepas bersara.

Kami dapati pesara yang memulakan perniagaan selepas pencen, rata-ratanya gagal.

Pesara yang berjaya sustain business ialah mereka yang telah memulakan perniagaan beberapa tahun sebelum bersara, sama ada secara senyap-senyap ataupun terang-terang.

Faktor utama ialah umur dan tenaga.

Banyak kajian telah dijalankan sama ada di dalam negara maupun di luar negara. Didapati umur memulakan perniagaan sangat penting.

Dalam satu kajian lain yang telah kami jalankan ke atas usahawan Cina dan Melayu, kami dapati purata umur usahawan Melayu memulakan perniagaan ialah 36 tahun. Manakala usahawan Cina 26 tahun (kajian ini dijalankan 13 tahun lepas).

Kami banding dengan satu kajian yang hampir sama 10 tahun sebelum itu oleh Mornie Kamri. Kami dapati umur mula berniaga usahawan Cina telah meningkat dari 16 tahun dan Melayu menurun dari 46 tahun.

Ini menunjukkan usahawan Cina lebih mementing pendidikan tinggi sebelum memulakan perniagaan.

Manakala usahawan Melayu telah mempunyai kesedaran keusahawanan dan tidak tunggu untuk bersara awal untuk memulakan perniagaan.

Hasil kajian ini telah kami bentang di satu konferens di Cina beberapa tahun lepas. Wallahu'alam.

Saya selalu nasihatkan pelajar saya yang berminat dengan keusahawanan supaya tamatkan pelajaran di universiti untuk tunaikan hajat ibu ayah.

Kerja dulu untuk kumpul modal, pengalaman dan networking serta cari peluang perniaagaan dan bayar balik hutang PTPTN.

Alhamdulillah, ramai yang terima nasihat ini, tetapi ada juga yang tidak ikut kerana mereka mempunyai kompetensi keusahawan yang cukup tinggi, yakni masa belajar sudah pun terlibat dalam perniagaan.

Mereka ini apabila tamat belajar terus sukses dalam perniagaan.

Saya dapati pelajar begini datang dari keluarga berniaga. Latar belakang keluarga amat penting dalam memastikan seseorang berminat dalam bidang keusahawanan. Walluhu'alam."

Dewan Niaga 2

Dari kelas ABS

Hijrah produk step-by-step....

Tip ini diberikan oleh Cikpuan Alwani Mohd Kasim, khusus untuk puan-puan yang mahu berpindah daripada menjadi agent kepada pembekal sedia ada kepada menjadi agent syarikat pembekal baru.

Ini juga bermakna puan mahu beralih daripada menjual produk sekarang kepada produk-produk baru.

.

Menurut Cikpuan Alwani, apabila mahu memulakan langkah hijrah, pelbagai kesukaran dalaman yang mungkin dialami:

+ Bimbang akan kehilangan customer regular yang sedia ada apabila mereka tahu kita sudah menukar syarikat supplier.

+ Bimbang dikatakan sudah hilang fokus bisnes, sebab berubah syarikat dan beruah produk.

+ Bimbang customer sedia ada menolak produk dari syarikat pembekal baru kerana produk baru sangat berlainan jenisnya.

Tiga kebimbangan di atas adalah punca utama kita takut berhijrah daripada menjalankan bisnes cara lama kepada cara baru.

.

Cikpuan Alwani menerangkan, pada mulanya beliau mengalami ketiga-tiga kebimbangan itu.

Selepas beliau memberanikan diri dengan memaklumkan kepada customernya bahawa beliau sekarang menawarkan produk-produk baru, terbukti customer beliau menerima perubahan itu dengan sangat positif.

Malah mereka bertanya apa lagi produk-produk baru yang beliau jual.

.

Sebelum ini Cikpuan Alwani menjual B-to-C kepada customernya.

Sekarang beliau menawarkan kepada mereka daripada menjadi customer kepada menjadi agentnya. Banyak yang menerima tawaran beliau.

Kini beliau sudah mula menjalankan bisnes B-to-B dengan mereka yang dulu adalah customernya.

Dewan Niaga 1

Dari kelas ABS

Wang pencen dan bisnes orang pencen....

Usia pencen tidak sesuai bagi memulakan bisnes. Apatah lagi jika bisnes itu memerlukan banyak tenaga fizikal.

.

Ada seorang pencen yang pulang ke kampung lalu membuka kandang kambing.

Membela kambing memerlukan tenaga fizikal yang banyak.

Kandang kambing mesti sekurang-kurangnya 6 kaki tingginya dari tanah. Memang tidak sesuai bagi orang pencen yang terpaksa setiap hari memanjat tangga turun naik kandang kambing.

Apabila kambing dilepaskan, tidak terkejar oleh orang pencen jika ada kambing yang tidak mahu pulang ke kandang....

.

Nabi menjalankan kerja-kerja menjaga kambing semasa beliau masih sangat muda.

Di situ pun Nabi sudah tunjukkan, kerja-kerja menjaga kambing tidak sesuai untuk orang pencen.

Sedetik Lebih Baik

Pada ketika ramadan kian melabuhkan tirai
selami jiwa
selusuri kisah-kisah perjalanan
hitungkan dosa-dosa

detik ini
saat ini
tika ini

layakkah kita menerima khabar gembira dari kanan
mungkin pengakhiran kita menerima khabar dari sebelah kiri

mungkin ketika mana kita berkira-kira menginsafi
dosa-dosa
mungkin perkataan dosa dan pahala sudah jarang kita dengari
jika ya,
barangkali hidup kita ini tiada garis panduan SOP

hanya tahu makan minum bekerja
tak ubah seperti lembu di padang ragut
hidup sekadar mahu hidup

hinanya kita di mata nabi
umatnya yang satu ini
di hujung zaman ini
berkiblatkan dunia semata
padahal dunia ini ibarat bangkai kambing
tiada elok,
tiada mulus
tiada nikmatnya.

Sunnatullah

rezeki tuhan bagi pada kita
ada haknya juga pada orang lain
pada ibubapa
pada adik-beradik
pada kawan-kawan

rezeki bukan untuk dinikmati pada diri sendiri
jika kita tidak bermurah hati
bila-bila masa saja Tuhan akan ambil balik
rezeki untuk dinikmati oleh orang sekeliling kita

rezeki bukan hak milik kekal kita
segalanya Allah yang punya
kita hanya peminjam nikmatnya saja

kita pemilik rezeki yang bernoktah
masa dan tika menjadi penentu
bila-bila masa saja
Allah noktahkan setakat ini saja rezeki

Sunnatullah
makin kita berkongsi makin banyak kita akan miliki
lihat saja ilmu
makin di kongsi bersama makin banyak percambahan berlaku
sama saja dengan rezeki harta
makin berkongsi makin Allah cambahkan untuk kita

kita insan penagih rahmat dan berkah Allah semata di sini

Semangat Raya

bunyi mercun sana sini riuh kedengaran
silih berganti amukan mercun
berlawan siapa lebih kuat bunyi mercunya
dari kampung sendiri hinggalah ke kampung kawan sekolah lama

tak juga di lupa berasap wangi dari rumah jiran
bau biskut raya di buat sempena raya
membingitkan lagi hari-hari sebelum raya

anak-anak bermain polis sentri
di malam hari di halaman rumah
meriah suasana ramadan

tak lupa juga sembahyang terawih
jemaahnya makin hari
makin berkurang saffnya

tiada lagi kehangatan beribadah pada 10 malam pertama ramadan
yang awalnya ramadan lebihan makmum di surau kampung-kampung.
10 malam terakhirnya semua sibuk untuk raya
hinggakan imam terawih kesit keseorangan menjadi imam

saranan nabi bertambah-tambahkan amal ibadah di 10 malam terakhir
kita-kita zaman sekarang sibuk nak raya.

oh malunya jika nabi bersama kita sekarang.

Friday, August 2, 2013

Hutang

berbangga hidup di zaman serba maju
maju bukan sebarang maju
maju ini membinasakan
beruntunglah orang yang hidup di zaman dahulukala

maju ini perlu di bayar seribu satu keperitan
bayangkan mahu sambung universiti perlu berhutang.
mahu nikah kawen perlu berhutang
mahu naik motor dan kereta perlu berhutang
mahu berdiam perlu juga berhutang

maju sekarang maju bermuslihat
di mata kasar maju
di mata hati termundur
tiada apa yang tidak menyeksa
bekerja semata untuk membayar hutang piutang keliling pinggang

beruntunglah datuk nenek kita
hidup tidak sesekali berhutang
berhutang pun dengan angka-angka yang kecil sahaja
mampu esok atau lusa lunaskan

beruntunglah datuk nenek kita
mati mereka meninggalkan harta pada anak  cucu

mati kita mungkin dalam berhutang pada zaman ini
Ya Allah,
aku memohon engkau permudahkan urusanku di dunia ini
aku memohon semoga dalam kehidupan aku ini aku terselamat dari belenggu hutang
moga mampu melunaskannya kita berhutang
moga aku membeli semuanya dengan tunai
moga tenang-tenang sahaja hidup
senang saja hidup
tidak bekejar-kejar bekerja untuk membayar hutang.

Semalam Jumaat Terakhir Ramadan

Pagi yang mendamaikan jiwa-jiwa muslim yang bersahur
Ramadan yang mulai 23 hari lalu makin menuju penamatnya
Qaryah ramadan ini memberi seribu satu erti
Puasa pertama ketika aku mula mendapat kerja
Gaji pertama di bulan mulia ramadan penuh berkah.

Kala ramadan ini semangat bekerja aku seperti hari-hari biasa
bahkan lebih terutama dan bersemangat dari hari-hari biasa
aku bukanlah segelintir orang menjadikan ramadan alasan untuk bermalas-malasan
ramadan punca kekalahan
ramadan punca prestasi merosot
ramadan punca segala kelemahan

mari kita selusuri siarah nabi
ramadanlah di mana perang badar berlangsung
berpuasa dan berlawan dengan jumlah musuh
yang logik akalnya hancur renyuk umat islam di ratah.
tetapi tuhan menjadikan umat islam menang

tuhan mencampakkan kebenaran pun atas kegigihan usaha umat muhammad
bermati-matian berjuang
bukannya umat bermati-matian mencari seribu satu alasan
untuk tuhan memenangkan mereka.

kini jumaat terakhir untuk ramadan kali ini
sudah berlalu baru semalam
coretan ini pada pagi sabtu yang permai
khamis ini kita bakal berhari raya
meraikan kejayaan puasa di ramadan

ahh!cepat sungguh masa berlalu.




Thursday, August 1, 2013

Dari Meja Bisnes 8

Dari kelas ABS

Bakat trading....
Bakat selling....

Bakat trading dan bakat selling tidak serupa. Kedua-dua bakat itu sangat berbeza.

Orang yang pandai menjual belum tentu pandai berdagang. Salesman tidak semestinya pandai menjadi trader.

Trader tahu apa yang dapat dijual. Tetapi dia belum tentu tahu bagaimana hendak menjualnya!

Salesman hanya pandai menjual.

Trader pandai membeli dan menjual semula.

Bakat trading dapat menjadikan kita pemimpin syarikat korporat yang mempunyai puluhan malah ratusan salesman bekerja dalam syarikat kita.

Ahli-ahli ABS patut melakukan self-audit ke atas bakat masing-masing.

Jangan-jangan kita mempunyai bakat yang amat berharga dalam bisnes yang selama ini tidak kita sedari lalu kita abaikan.

Jangan-jangan bakat kita di tempat lain, tetapi bisnes kita di tempat lain.

Dari Meja Bisnes 7

Dari kelas ABS

Seni menjual di tepi jalan.....

Sewaktu kita mula-mula membuka bisnes, pada hari pertama kita membuka payung dan meja jualan kita di tepi jalan, apakah yang sebenarnya kita jual?

Seandainya kita menjual durian crepe, apakah durian crepe itu yang kita jual? Ataupun apa?

Apakah pelanggan pertama yang datang membeli durian crepe itu membeli durian crepe yang kita jual, ataupun dia membeli apa?

.

Apabila kita berdiri di bawah payung sambil menunggu meja durian crepe, pemandu kereta dan penunggang motorsikal yang lalu-lalang di jalan tidak tahu apa jualan kita.

Mana-mana kereta dan motorsikal yang berhenti, mereka berhenti bukan sebab mereka telah nampak durian crepe kita.

Mereka berhenti tadi kerana dari jauh mereka sudah nampak diri kita, dan dari jauh sudah membeli diri kita.

.

Kita yang berdiri di bawah payung berfungsi sebagai DUTA apa-apa sahajalah yang kita letakkan di atas meja bagi tujuan jualan.

Jual diri kita dahulu. Apabila prospek sudah membeli diri kita, barulah mereka memberhentikan kereta ataupun motorsikal dan singgah.

Hanya selepas diri kita dibeli oleh prospek, barulah apa-apa sahaja yang ada di atas meja menjadi sangat mudah dijual.

Dari Meja Bisnes 6

Dari kelas ABS

Halangan budaya....

Apakah kita merancang mahu memperkenalkan produk ataupun servis yang baru kepada pasaran?

Jika iya, ada beberapa halangan tak ketara yang menunggu, yang menyebabkan produk kita sukar dijual.

.

Antara halangan-halangan tak ketara:

+ Halangan agama
+ Halangan psikologi (saya sudah terangkan dalam posting lain)
+ Halangan emosi dan citarasa
+ Halangan intelek
+ Halangan budaya

.

Apa itu halangan budaya?

Biarlah saya terangkan halangan ini dengan menceritakan salah contoh yang pernah dialami oleh pelanggan korporat saya.

Korporat itu dimiliki oleh GLC. Ia mempunyai sebuah kilang mengeluarkan karpet.

Saya dibawa sebagai consultant kerana mereka menghadapi masalah 1000 helai karpet rumah saiz 9'X6' yang tersadai dalam setor, tidak dapat dijual.

.

Karpet itu dibuat khusus dengan kualiti untuk pasaran middle-class Cina.

Jadi, supaya sesuai dengan budaya Cina, hiasan karpet itu menggunakan tema lukisan pohon dan daun bambu....

Tanpa di-validate dahulu, design itu terus dikeluarkan 1000 helai.

.

Yang menghalang karpet daun bambu itu daripada terjual laku keras adalah halangan-halangan budaya.

Siapakah yang menjual karpet?

Apakah yang menyebabkan sukar sekali kita mahu lihat kedai karpet milik Cina?

Jika sesuatu produk itu tidak dijual oleh peniaga-peniaga Cina, hal itu pun sudah memberi signal tentang pasaran Cina teradap produk itu.

.

Orang Melayu suka membeli karpet. Meskipun tinggal di rumah haram, mereka membeli karpet. Ini kerana orang Melayu duduk di atas lantai.

Orang Cina tidak suka membeli karpet. Mereka tidak duduk di atas lantai. Mereka membeli kerusi.

.

Orang Melayu suka menggunakan karpet sebagai simbol kemewahan. Makin banyak karpet mahal dibentangkan di dalam rumah, makin kagum tetamu mereka.

Orang Cina suka menggunakan marbel dan bahan-bahan mahal lain sebagai simbol kemewahan. Semakin mahal marbel yang digunakan sebagai bahan lantai, semakin mereka tahu duit si tuan rumah.

Dari Meja Bisnes 4

Dari kelas ABS

Ciri-ciri bisnes yang dapat berkembang besar....

Jenis bisnes yang kita jalankan menentukan sama ada kita boleh menjadi pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar, ataupun bisnes yang serupa sahaja.

Pilih bisnes yang aktivitinya mempunyai dua ciri:

1. Ciri scalable = Dapat diturunkan

Bisnes yang scalable, senang cakap, adalah yang bisnes yang kualiti produk ataupun servis itu dapat dipindahkan kepada staff, ataupun kepada mesin dan robot.

Jadi, jika mesin dan robot itu belum wujud, kita dapat turunkan proses-proses bisnes kita kepada staff.

Kita dapat wujudkan SOP-SOP bagi tiap-tiap proses kerja itu. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat latih staff.

.

Bisnes kita tidak scalable, apabila skill itu melekat pada diri kita. Skill itu tidak dapat hendak kita turunkan kepada staff.

Jenis skill yang tak scalable adalah skill yang datang daripada bakat semulajadi kita. Bakat itu melekat pada diri kita. Bakat itu pula yang menjadi produk bisnes kita!

Akibatnya, kalau kita tidak ada, kedai kita pun terpaksa ditutup.

.

2. Ciri repeatable = Dapat diulang

Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.

Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita membuka cawangan kita, bisnes kita itu dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik kualitinya.

Dari Meja Bisnes 5

Dari kelas ABS

Falasi pelanggan akan datang dengan sendiri....

Banyak pakar bidang percaya bahawa memiliki kepakaran adalah syarat utama membuka bisnes.

Sebagai contoh:

+ Apabila doktor gigi membua klinik gigi, maka pelanggan akan datang dengan sendirinya ke klinik giginya. Jadi, yang penting, bukalah klinik, barulah pelanggan datang. Lalu klinik pun dibuka.

+ Apabila pakar pendandan rambut membuka salun rambut, maka pelanggan akan datang dengan sendiri ke salunnya. Kalau tidak dibuka salun itu, manakan pelanggan datang, begitulah logik sang pakar.

.

Banyak klinik gigi dan klinik sakit biasa dibuka, dan selang beberapa lama diam-diam tutup sendiri.

Banyak salun rambut dan salun kecantikan dibuka, dan selang beberapa lama diam-diam tutup sendiri.

.

Adalah falasi bahawa apabila pakar membuka bisnes maka pelanggan akan datang dengan sendirinya. Falasi begini sangat popular dalam kalangan mereka yang memiliki pelbagai kepakaran.

Ilmu kepakaran, lain.

Ilmu bisnes, lain.

Dari Meja Bisnes 3

Dari kelas ABS

Tentang semangat bisnes....

Kalau anjing menggigit orang, itu bukan bahan berita yang laku. Kalau orang menggigit anjing, pastilah itu berita yang laku.

Prinsipnya: Sesuatu yang jarang berlaku mudah menjadi bahan berita.

.

Berita orang Melayu berjaya dalam bisnesnya banyak keluar dalam media, kerana ia jarang berlaku.

Berita orang Melayu gagal dalam bisnes tidak menjadi berita, kerana ia banyak berlaku.

.

Apabila kisah-kisah kejayaan banyak diuar-uarkan, manakala kisah kegagalan didiamkan, ia mencipta gambaran palsu tentang banyaknya jumlah kejayaan.

Media dan motivator memberi gambaran palsu seolah-olah di mana-mana sahaja orang Melayu boleh berjaya. Seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga dan berjaya.

Seolah-olah modal utama kejayaan dalam bisnes adalah semangat.

Lalu banyaklah yang pergi membeli semangat.

Semakin mahal harga semangat yang dibeli itu, semakin yakin si pembeli bahawa dia sudah memiliki modal yang betul bagi menjadi businessman yang berjaya.

.

Semangat, sebagaimana halnya dengan segala perkara, mempunyai plus dan minusnya.

Semangat memang diperlukan. Kerja takkan jadi tanpa semangat.

Namun langkah membeli semangat-bisnes, tanpa membeli ilmu-ilmu bisnes, adalah tinggi risiko kegagalannya

Apabila semangat-bisnes kita sudah dihembus-hembus, ditiup-tiup, ia boleh menjadi umpama api, semasa kecil kawan, apabila sudah semarak boleh menjadi lawan.

Semangat yang berkobar-kobar mudah menjadikan kita tidak lagi dapat berfikir dengan rasional.

.

Membeli semangat, lain.

Belajar ilmu-ilmu bisnes, lain.

Dari Meja Bisnes 2

Dari ABS

Pernahkah tuan mengalami situasi begini:

Jualan bagus, makin bulan, satistik jualan makin naik, naik dengan melompat-lompat pula! Hati bukan main gumbira....

Namun, pada hujung tahun, duit yang banyak di atas kertas, tidak pula menunjukkan baki yang banyak dalam akaun bank tuan.

.

Situasi begini adalah pengalaman lazim apabila kita baru mula berrniaga.

Ini datang daripada kelemahan kita semasa menentukan costing dan pricing.

Ambil contoh yang mudah:

Semasa kita memulakan bisnes online, kita buat semua kerja sendiri, contohnya kita memandu sendiri kereta kita ke gudang supplier untuk mengambil stok.

Apabila bisnes berkembang, dan kita memerlukan pembantu jualan, lalu kita pun mengambil seorang pembantu jualan yang akan menjalankan kerja-kerja mengambil stok dan packing.

Tiba-tiba kita perlu membayar gajinya, komisennya, membayar claim minyaknya, KWSPnya, SOCSOnya, insuransnya.

Tiba-tiba kita perlu memberinya elaun telefon, membeli laptop untuknya, meja kerusi kerjanya.

Hendak dinaikkan harga jualan supaya dapat meng-cover kos tambahan itu, terasa amat sukar kerana takut customer lari.

Hendak di-absorb sahaja kos tambahan itu, mana mungkin? Makin banyak jualan, makin rugi.

Order pula makin banyak masuk....

Kesan Restoran Cina

Dari kelas ABS

Apa itu 'kesan restoran Cina'?....

Istilah 'Chinese restaurant effect' menerangkan salah satu tingkah laku customer terhadap produk yang bukan keperluan ruji.

.

Pernahkah tuan mengalami fenomena begini:

Tuan membuka gerai tepi jalan yang menjual makanan 'baru' kepada penduduk kawasan itu.

Sewaktu mula-mula dibuka, gerai tuan sangat sibuk, jualan sangat laku sampai tak cukup-cukup.

Tetapi kemudian perlahan-lahan jualan menurun.

Customer datang sekali, ataupun paling banyak dua-tiga kali, selepas itu mereka tidak datang lagi, padahal kualiti makan tuan tetap dijaga supaya elok.

.

Tingkah laku customer datang sekali, ataupun dua-tiga kali, dan kemudian mereka tidak datang lagi inilah yang disebut kesan-restoran-Cina.

Orang-orang yang bukan orang Cina, berasa sangat puas hati pertama kali menikmati menu restoran itu.

Kemudian mereka pergi lagi ke restoran yang sama, tetapi kali kedua kita pergi perasaan puas itu menurun, padahal makanannya masih sama....

Dari Meja Bisnes

Logik 'belum ada lagi'....

Banyak orang muda yang baru pertama kali hendak memulakan bisnes menggunakan logik belum-ada-lagi dalam pasaran.

.

Logik belum-ada-lagi mendorong peniaga memperkenalkan produk yang lain sama sekali, yang pertama seumpamanya, yang orang belum pernah tengok, yang baru dicipta, yang baru dibawa masuk dari negara luar.

Logik ini adalah sebahagian daripada kesan yang dihasilkan oleh logik-persaingan, logik membandingkan dengan produk orang lain, logik hendak menjadi yang pertama, yang terbaru, yang lebih kreatif dan inovatif daripada peniaga-peniaga lain.

.

Logik belum-ada-lagi adalah salah satu strategi bisnes yang berisiko menghasilkan banyak stok tak-bergerak dan duit modal banyak terbakar.

Barang sudah ada di dalam setor, kita tidak tahu kepada siapa stok yang menimbun itu mahu dihantarkan.

.

Apabila kita menggunakan logik belum-ada-lagi, fikiran kita difokuskan kepada produk, bukan kepada customer dan channel.

Dalam BMC, kita tidak boleh mula berfikir dengan memikirkan produk dahulu. Itu cara berfikir yang salah dalam bisnes.

Fikirkan customer dahulu, kemudian fikirkan channel-channelnya, kemudian barulah fikirkan produknya.

.

Apabila kita memilih produk dengan menggunakan logik belum-ada-lagi, produk itu berdepan dengan 3 risiko yang sangat serius implikasinya:

1. Permintaannya mungkin belum wujud.

2. Pasarannya mungkin belum wujud

3. Channel-channelnya mungkin belum wujud

NOTA: Ingatkah tuan akan projek Menteri Pertanian satu masa dulu di mana beliau menjalankan kempen menternak arnab?

Kedai Kopi

kadang kala kita sangka kitalah juara kedai kopi.
sekali kawan-kawan yang bertandang bersantai-santai
bercakap-cakap kita tertewas
hanya kecut membisu
mencelah pada ketika waktu tidak kena
serba serbi celahan kita untuk memulakan kata
bercerita seperti penglipur lara tidak kesampaian.

Paling memalukan kita tewas di meja bulat kedai kopi
Di depan orang yang sentiasa melihat kita jaguh
resmi kehidupan kita selalu bersangka yang muluk-muluk tentang diri sendiri
atau ayat lebih islamiknya wujudnya perasaan ujub

kadang kala kalah di kedai kopi boleh mencemar maruah
merosak ego
dan yang paling teruk terpaksa bayar bil selepas makan.