Saturday, October 18, 2014

Crystal Palace Vs Chelsea


Chelsea telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada tahun ini dengan menggungguli carta liga perdana inggeris dengan jurang 5 mata daripada pasukan yang di tangga kedua manchester city.

Kejayaan ini tanpa kelibat penyerang berbisa mereka iaitu diego costa yang mengalami kecederaan ketika bersama pasukan Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Euro.

Kejayaan ini juga dibayar dengan harga yang mahal apabila mereka kehilangan pemain pertahanan kental Azpilicueta melakukan terjahan keras terhadap pemain crystal Palace.

Oscar telah menjaringkan goal pembukaan di hadapan 24451 ribu penyokong crsytal palace yang membanjiri stadium pada malam tersebut melalui sepakan percuma yang cantik menewaskan penjaga gol lawan pada awal permainan.

selepas jaringan Oscar corak permainan chelsea menjadi tidak rancak dan para pemain dengan berhati-hati walaupun mereka dikatakan menguasai permainan pada separuh masa pertama perlawanan.

Pada babak kedua perlawanan Chelsea terus menyerang pihak lawan dengan bertubi-tubi sehingga pada minit ke-50 cesc fabregas telah menjaringkan gol yang keduanya pada musim pertamanya bersama chelsea tahun ini.

Ketika perlawanan hampir tamat crystal palace mendapat gol saguhati hasil jaringan pemain penyerang Frazier Campbell namun segalanya telah terlambat untuk mereka membuat comeback untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.


No comments:

Post a Comment