Dari ABS
Pernahkah tuan mengalami situasi begini:
Jualan bagus, makin bulan, satistik jualan makin naik, naik dengan melompat-lompat pula! Hati bukan main gumbira....
Namun, pada hujung tahun, duit yang banyak di atas kertas, tidak pula menunjukkan baki yang banyak dalam akaun bank tuan.
.
Situasi begini adalah pengalaman lazim apabila kita baru mula berrniaga.
Ini datang daripada kelemahan kita semasa menentukan costing dan pricing.
Ambil contoh yang mudah:
Semasa kita memulakan bisnes online, kita buat semua kerja sendiri,
contohnya kita memandu sendiri kereta kita ke gudang supplier untuk
mengambil stok.
Apabila bisnes berkembang, dan kita memerlukan
pembantu jualan, lalu kita pun mengambil seorang pembantu jualan yang
akan menjalankan kerja-kerja mengambil stok dan packing.
Tiba-tiba kita perlu membayar gajinya, komisennya, membayar claim minyaknya, KWSPnya, SOCSOnya, insuransnya.
Tiba-tiba kita perlu memberinya elaun telefon, membeli laptop untuknya, meja kerusi kerjanya.
Hendak dinaikkan harga jualan supaya dapat meng-cover kos tambahan itu, terasa amat sukar kerana takut customer lari.
Hendak di-absorb sahaja kos tambahan itu, mana mungkin? Makin banyak jualan, makin rugi.
Order pula makin banyak masuk....
No comments:
Post a Comment