Dari kelas ABS
Bakat trading....
Bakat selling....
Bakat trading dan bakat selling tidak serupa. Kedua-dua bakat itu sangat berbeza.
Orang yang pandai menjual belum tentu pandai berdagang. Salesman tidak semestinya pandai menjadi trader.
Trader tahu apa yang dapat dijual. Tetapi dia belum tentu tahu bagaimana hendak menjualnya!
Salesman hanya pandai menjual.
Trader pandai membeli dan menjual semula.
Bakat trading dapat menjadikan kita pemimpin syarikat korporat yang
mempunyai puluhan malah ratusan salesman bekerja dalam syarikat kita.
Ahli-ahli ABS patut melakukan self-audit ke atas bakat masing-masing.
Jangan-jangan kita mempunyai bakat yang amat berharga dalam bisnes yang selama ini tidak kita sedari lalu kita abaikan.
Jangan-jangan bakat kita di tempat lain, tetapi bisnes kita di tempat lain.
No comments:
Post a Comment