Thursday, August 1, 2013

Dari Meja Bisnes

Logik 'belum ada lagi'....

Banyak orang muda yang baru pertama kali hendak memulakan bisnes menggunakan logik belum-ada-lagi dalam pasaran.

.

Logik belum-ada-lagi mendorong peniaga memperkenalkan produk yang lain sama sekali, yang pertama seumpamanya, yang orang belum pernah tengok, yang baru dicipta, yang baru dibawa masuk dari negara luar.

Logik ini adalah sebahagian daripada kesan yang dihasilkan oleh logik-persaingan, logik membandingkan dengan produk orang lain, logik hendak menjadi yang pertama, yang terbaru, yang lebih kreatif dan inovatif daripada peniaga-peniaga lain.

.

Logik belum-ada-lagi adalah salah satu strategi bisnes yang berisiko menghasilkan banyak stok tak-bergerak dan duit modal banyak terbakar.

Barang sudah ada di dalam setor, kita tidak tahu kepada siapa stok yang menimbun itu mahu dihantarkan.

.

Apabila kita menggunakan logik belum-ada-lagi, fikiran kita difokuskan kepada produk, bukan kepada customer dan channel.

Dalam BMC, kita tidak boleh mula berfikir dengan memikirkan produk dahulu. Itu cara berfikir yang salah dalam bisnes.

Fikirkan customer dahulu, kemudian fikirkan channel-channelnya, kemudian barulah fikirkan produknya.

.

Apabila kita memilih produk dengan menggunakan logik belum-ada-lagi, produk itu berdepan dengan 3 risiko yang sangat serius implikasinya:

1. Permintaannya mungkin belum wujud.

2. Pasarannya mungkin belum wujud

3. Channel-channelnya mungkin belum wujud

NOTA: Ingatkah tuan akan projek Menteri Pertanian satu masa dulu di mana beliau menjalankan kempen menternak arnab?

No comments:

Post a Comment