Dari kelas ABS
Seni menjual di tepi jalan.....
Sewaktu kita mula-mula membuka bisnes, pada hari pertama kita membuka
payung dan meja jualan kita di tepi jalan, apakah yang sebenarnya kita
jual?
Seandainya kita menjual durian crepe, apakah durian crepe itu yang kita jual? Ataupun apa?
Apakah pelanggan pertama yang datang membeli durian crepe itu membeli durian crepe yang kita jual, ataupun dia membeli apa?
.
Apabila kita berdiri di bawah payung sambil menunggu meja durian crepe,
pemandu kereta dan penunggang motorsikal yang lalu-lalang di jalan
tidak tahu apa jualan kita.
Mana-mana kereta dan motorsikal yang berhenti, mereka berhenti bukan sebab mereka telah nampak durian crepe kita.
Mereka berhenti tadi kerana dari jauh mereka sudah nampak diri kita, dan dari jauh sudah membeli diri kita.
.
Kita yang berdiri di bawah payung berfungsi sebagai DUTA apa-apa sahajalah yang kita letakkan di atas meja bagi tujuan jualan.
Jual diri kita dahulu. Apabila prospek sudah membeli diri kita, barulah
mereka memberhentikan kereta ataupun motorsikal dan singgah.
Hanya selepas diri kita dibeli oleh prospek, barulah apa-apa sahaja yang ada di atas meja menjadi sangat mudah dijual.
No comments:
Post a Comment