Dari kelas ABS
Ciri-ciri bisnes yang dapat berkembang besar....
Jenis bisnes yang kita jalankan menentukan sama ada kita boleh menjadi
pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar, ataupun bisnes yang
serupa sahaja.
Pilih bisnes yang aktivitinya mempunyai dua ciri:
1. Ciri scalable = Dapat diturunkan
Bisnes yang scalable, senang cakap, adalah yang bisnes yang kualiti
produk ataupun servis itu dapat dipindahkan kepada staff, ataupun kepada
mesin dan robot.
Jadi, jika mesin dan robot itu belum wujud, kita dapat turunkan proses-proses bisnes kita kepada staff.
Kita dapat wujudkan SOP-SOP bagi tiap-tiap proses kerja itu. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat latih staff.
.
Bisnes kita tidak scalable, apabila skill itu melekat pada diri kita. Skill itu tidak dapat hendak kita turunkan kepada staff.
Jenis skill yang tak scalable adalah skill yang datang daripada bakat
semulajadi kita. Bakat itu melekat pada diri kita. Bakat itu pula yang
menjadi produk bisnes kita!
Akibatnya, kalau kita tidak ada, kedai kita pun terpaksa ditutup.
.
2. Ciri repeatable = Dapat diulang
Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.
Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita membuka cawangan kita, bisnes
kita itu dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik
kualitinya.
No comments:
Post a Comment