Dari kelas ABS
Tentang semangat bisnes....
Kalau anjing menggigit orang, itu bukan bahan berita yang laku. Kalau orang menggigit anjing, pastilah itu berita yang laku.
Prinsipnya: Sesuatu yang jarang berlaku mudah menjadi bahan berita.
.
Berita orang Melayu berjaya dalam bisnesnya banyak keluar dalam media, kerana ia jarang berlaku.
Berita orang Melayu gagal dalam bisnes tidak menjadi berita, kerana ia banyak berlaku.
.
Apabila kisah-kisah kejayaan banyak diuar-uarkan, manakala kisah
kegagalan didiamkan, ia mencipta gambaran palsu tentang banyaknya jumlah
kejayaan.
Media dan motivator memberi gambaran palsu
seolah-olah di mana-mana sahaja orang Melayu boleh berjaya. Seolah-olah
sesiapa sahaja boleh berniaga dan berjaya.
Seolah-olah modal utama kejayaan dalam bisnes adalah semangat.
Lalu banyaklah yang pergi membeli semangat.
Semakin mahal harga semangat yang dibeli itu, semakin yakin si pembeli
bahawa dia sudah memiliki modal yang betul bagi menjadi businessman yang
berjaya.
.
Semangat, sebagaimana halnya dengan segala perkara, mempunyai plus dan minusnya.
Semangat memang diperlukan. Kerja takkan jadi tanpa semangat.
Namun langkah membeli semangat-bisnes, tanpa membeli ilmu-ilmu bisnes, adalah tinggi risiko kegagalannya
Apabila semangat-bisnes kita sudah dihembus-hembus, ditiup-tiup, ia
boleh menjadi umpama api, semasa kecil kawan, apabila sudah semarak
boleh menjadi lawan.
Semangat yang berkobar-kobar mudah menjadikan kita tidak lagi dapat berfikir dengan rasional.
.
Membeli semangat, lain.
Belajar ilmu-ilmu bisnes, lain.
No comments:
Post a Comment